12/29/2010
KECELAKAAN DI TAPAK BINA
Dua maut perancah tapak binaan The Pavillion runtuh
Petikan dari Utusan online
Oleh S. ANAND KUMAR dan KHAIRUL AZRAN HUSSIN
KEADAAN di tapak pembinaan The Pavillion, yang mana perancah di bangunan itu runtuh dan mengakibatkan dua pekerja binaan terbunuh di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Dua buruh binaan maut manakala 10 lagi cedera apabila perancah yang mereka naiki terjatuh dari ketinggian kira- kira 15 meter di tapak pembinaan kompleks The Pavillion Kuala Lumpur, di Jalan Bukit Bintang di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, dua pekerja binaan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah dipercayai dihempap batu granit.
Mangsa yang terbunuh ialah rakyat tempatan dikenali sebagai Liew Wan Chew, 50, dan warga Myanmar dikenalpasti sebagai Hram UK, 25.
Semua mangsa yang cedera berketurunan Punjabi dan berasal dari India. Mereka kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Penolong Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Pembinaan Putra Perdana Sdn. Bhd. (PPCSB), syarikat kontraktor utama projek itu, Mejar (B), Abu Bakar Abdul Rahman berkata, pihaknya mendengar bunyi gegaran yang kuat di kawasan pembinaan berdekatan Zon A berdekatan pintu lima The Pavillion ketika kejadian.
‘‘Apabila kami pergi melihat ke tempat kejadian, didapati perancah yang digunakan oleh pekerja memasang batu granit di tingkat tiga bangunan telah roboh dan menghempap perancah di bawahnya iaitu di tingkat dua.
Cedera
‘‘Pada waktu itu kira-kira tujuh orang pekerja berada di atas perancah manakala lima orang lagi sedang bekerja di bawahnya.
‘‘Kami mendapati beberapa pekerja yang cedera terbaring kemungkinan akibat jatuh bersama perancah yang roboh,’’ katanya kepada pemberita ketika membentangkan laporan kemalangan di sini, hari ini.
Difahamkan, berat satu batu granit ialah 50 kilogram (kg) dan semasa kejadian terdapat 10 batu granit bersama tujuh pekerja tersebut.
Menurut Abu Bakar, pihaknya membuat pertolongan cemas dengan mengeluarkan mereka yang cedera.
Tambahnya, pegawai keselamatan dan beberapa orang pegawai PPCSB telah membuat panggilan ke HKL untuk meminta bantuan kecemasan.
‘‘Beberapa ambulans tiba kira-kira 10 minit kemudian. Kami juga telah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Balai Bomba dan Pejabat, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) berhubung perkara itu.’’ katanya.
Menurut beliau, semua pekerja yang terlibat adalah dari syarikat Usaha Tiga Sdn. Bhd., iaitu subkontraktor kepada PPCSB.
Pekerja-pekerja itu sedang menjalankan kerja-kerja memasang batu granit pada dinding kompleks di atas perancah.
‘‘Pihak kami mempunyai pasukan keselamatan dan kesihatan yang mencukupi dan berpengalaman untuk membuat pemantauan keselamatan.
‘‘Namun apa yang berlaku hari ini adalah tidak dapat dielakan dan amat dikesali,’’ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abd. Rahman berkata, perancah yang membawa kesemua buruh binaan bersama muatan batu granit itu dipercayai melebihi muatan sebelum ia terjatuh menghempap bahagian bawahnya.
‘‘Ekoran kejadian ini kerja pembinaan akan dihentikan buat sementara waktu bagi siasatan lanjut dijalankan,’’ ujarnya ketika ditemui ditempat kejadian.
Menurut beliau, mayat dibawa ke HKL untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing.
Antara faktor tergelincir dan kecederaan di tapak pembinaan di Malaysia ialah:
•lubang yang tidak ditutup di atas lantai atau tanah
•kecuaian dalam penggunaan tangga
•pembinaan scaffolding yang tidak sempurna
•kekurangan latihan penggunaan jentera berat
•kemalangan jentera pembinaan
•keadaan di mana membenarkan objek jatuh dan menghempap pekerja
•kegagalan menggunakan jaring(nets) atau kanopi untuk menangkap objek yang jatuh
•kekurangan penyeliaan keselamatan
•pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh Occupational Safety and Health
Administration(OSHA)
•kecuaian pekerja tapak yang lain
•kelakuan pekerja tapak yang tidak memuaskan
•kerosakan peralatan di tapak bina
•kecuaian dan kesilapan pekerja lain mengambil dadah atau meminum arak
Dalam kebanyakkan kes, kemalangan di tapak disebabkan oleh mangsa kecederaan
bagaimanapun, dalam banyak kes kemalangan tapak bukan merupakan kesalahan mangsa
yang tercedera. Keadaan ini membolehkan mangsa menuntut ganti rugi untuk kegunaan
rawatan, kerugian pendapatan, kesakitan, penderitaan dan kecederaan untuk jangka masa yang
panjang yang disebabkan oleh kemalangan.
Antara keadaan yang berbahaya di tapak bina:
•kerosakkan scaffolding atau pembinaan scaffolding yang tidak betul
•kerosakkan forklifts atau operator forklift yang tidak bertanggungjawab
•kejatuhan beban akibat daripada pemindahan beban yang tidak sempurna atau
kecuiaan
•tersadung atau jatuh akibat peralatan berada merata-rata di tapak
•kejatuhan struktur
•kecederaan yang disebabkan oleh penggunaan jentera( rod kimpalan, perkakas
elektrik) yang tidak betul atau kecuiaan
Pihak yang bertanggungjawab di atas kemalangan bergantung kepada kemalangan itu
sendiri. Pihak tersebut mungkin merupakan majikan, pekerja lain di tapak, kontraktor atau
pengilang bergantung kepada punca kemalangan.
LANGKAH-LANGKAH DAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIPERLUKAN
3.1.1 Di bawah Statut
Jika kita jengok kepada Akta Kilang dan Jentera 1967 (AKJ 1967), terutama Bahagian II Akta, ia menekankan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti keselamatan pekerja yang perlu diambil oleh semua pihak di dalam industri (terutama oleh majikan). Ini temasuklah:
(a) menentukan kekukuhan binaan, lantai, atas, laluan, tangga, tempat bekerja yang selamat untuk pekerja;
(b) borang dan bahan yang disimpan selamat kepada pekerja;
(c) kaedah kerja (seperti cara mengangkat beban) yang tidak menyebabkan/memungkinkan mencederakan pekerja;
(d) keselamatan daripada kebakaran; dan
(e) mesin, jentera dan alatan kerja yang dipasang, dibaiki dan diselenggara perlulah mengambilkira keselamatan pekerja (yang menggunakannya atau mungkin menerima kesan daripadanya).
Secara lebih terperinci lagi, berkaitan penggunaan atau pemakaian alatan kerja, Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) 1970 menyenaraikan peralatan-peralatan berkaitan yang termasuklah:
(a) alat pelindung muka (goggles) yang sesuai bagi kerja-kerja yang memerlukan ia dipakai (seperti kerja pemeterian);
(b) penutup telinga
(c) pakaran keselamatan – seperti baju, seluar, topi dan sarung tangan.
Alat-alat ini perlu disedia majikan (bagi kerja-kerja di mana alatan itu perlu disedia) dan ia mesti dipakai oleh pekerja berkenaan.
12/28/2010
NAMA PELAJAR dip2c:
Mohamad Ridzuan b.Ilyas (F1061)
Wan Mat Azam b.Wan Mat Tahir (F1098)
Abd.Muqni b.Abd Razak (F1119)
Amer Faiz b.Mohd Rosli (F1113)
Mohd Azra’I b.Mohd Zuki(F2038)
Dua maut perancah tapak binaan The Pavillion runtuh
Petikan dari Utusan online
Oleh S. ANAND KUMAR dan KHAIRUL AZRAN HUSSIN
KEADAAN di tapak pembinaan The Pavillion, yang mana perancah di bangunan itu runtuh dan mengakibatkan dua pekerja binaan terbunuh di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Dua buruh binaan maut manakala 10 lagi cedera apabila perancah yang mereka naiki terjatuh dari ketinggian kira- kira 15 meter di tapak pembinaan kompleks The Pavillion Kuala Lumpur, di Jalan Bukit Bintang di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, dua pekerja binaan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah dipercayai dihempap batu granit.
Mangsa yang terbunuh ialah rakyat tempatan dikenali sebagai Liew Wan Chew, 50, dan warga Myanmar dikenalpasti sebagai Hram UK, 25.
Semua mangsa yang cedera berketurunan Punjabi dan berasal dari India. Mereka kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Penolong Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Pembinaan Putra Perdana Sdn. Bhd. (PPCSB), syarikat kontraktor utama projek itu, Mejar (B), Abu Bakar Abdul Rahman berkata, pihaknya mendengar bunyi gegaran yang kuat di kawasan pembinaan berdekatan Zon A berdekatan pintu lima The Pavillion ketika kejadian.
‘‘Apabila kami pergi melihat ke tempat kejadian, didapati perancah yang digunakan oleh pekerja memasang batu granit di tingkat tiga bangunan telah roboh dan menghempap perancah di bawahnya iaitu di tingkat dua.
Cedera
‘‘Pada waktu itu kira-kira tujuh orang pekerja berada di atas perancah manakala lima orang lagi sedang bekerja di bawahnya.
‘‘Kami mendapati beberapa pekerja yang cedera terbaring kemungkinan akibat jatuh bersama perancah yang roboh,’’ katanya kepada pemberita ketika membentangkan laporan kemalangan di sini, hari ini.
Difahamkan, berat satu batu granit ialah 50 kilogram (kg) dan semasa kejadian terdapat 10 batu granit bersama tujuh pekerja tersebut.
Menurut Abu Bakar, pihaknya membuat pertolongan cemas dengan mengeluarkan mereka yang cedera.
Tambahnya, pegawai keselamatan dan beberapa orang pegawai PPCSB telah membuat panggilan ke HKL untuk meminta bantuan kecemasan.
‘‘Beberapa ambulans tiba kira-kira 10 minit kemudian. Kami juga telah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Balai Bomba dan Pejabat, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) berhubung perkara itu.’’ katanya.
Menurut beliau, semua pekerja yang terlibat adalah dari syarikat Usaha Tiga Sdn. Bhd., iaitu subkontraktor kepada PPCSB.
Pekerja-pekerja itu sedang menjalankan kerja-kerja memasang batu granit pada dinding kompleks di atas perancah.
‘‘Pihak kami mempunyai pasukan keselamatan dan kesihatan yang mencukupi dan berpengalaman untuk membuat pemantauan keselamatan.
‘‘Namun apa yang berlaku hari ini adalah tidak dapat dielakan dan amat dikesali,’’ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abd. Rahman berkata, perancah yang membawa kesemua buruh binaan bersama muatan batu granit itu dipercayai melebihi muatan sebelum ia terjatuh menghempap bahagian bawahnya.
‘‘Ekoran kejadian ini kerja pembinaan akan dihentikan buat sementara waktu bagi siasatan lanjut dijalankan,’’ ujarnya ketika ditemui ditempat kejadian.
Menurut beliau, mayat dibawa ke HKL untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing.
12/27/2010
kajian kes kemalangan
Kebakaran yang bermula pada pukul 6 petang dalam hujan lebat, menyebabkan kawasan kejadian dilitupi asap tebal dengan api menjulang setinggi 30 meter. Ia dapat dilihat sejauh beberapa kilometer. Pada pukul 11 malam, api masih marak di salah sebuah tangki.
Tiada kematian yang dilaporkan dalam kejadian ini. Bagaimanapun seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Hishamudin Zainal Abidi, 21, cedera ketika menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran. Beliau yang patah kaki dikejarkan ke Hospital Penawar, Pasir Gudang.
Sementara itu, Petronas Dagangan menyatakan kebakaran itu berlaku apabila sebuah tangki di depot bekalan minyaknya dipanah petir dan ia kemudiaannya merebak ke beberapa tangki berhampiran.
Kebakaran itu menyebabkan seluruh kawasan perindustrian Pasir Gudang mengeluarkan bau kimia, orang ramai yang berada di kawasan sekitar diarah meninggalkan kawasan itu dengan segera.
Lapan jentera bomba bersama lebih 80 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Johor Jaya, Pasir Gudang dan Johor Bahru termasuk Pasukan Menangani Bahan Kimia (Hazmat) dan sebuah skylift dikejarkan ke tempat kejadian. Turut sama membantu memedamkan kebakaran itu ialah 2 pasukan bomba sukarela Syarikat Titans Chemicals Corporation Bhd dan Syarikat Idemitsu SM (M) Sdn. Bhd.
Pegawai Bomba II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Ismail Abdullah berkata, dua tangki yang terbakar itu dipercayai memuatkan kira-kira 70,000 hingga 80,000 liter minyak. Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran itu daripada merebak ke kawasan berdekatan.
Sebelum api merebak di tempat kejadian, siren amaran kecemasan kedengaran berbunyi secara berterusan bagi memaklumkan kepada para pekerja kilang di situ dan sekitarnya supaya menjauhi kawasan kejadian kerana dikhuatiri berlaku letupan. Beberapa letupan kecil masih berlaku walaupun setelah kebakaran berjaya dikawal oleh pihak bomba.
Selain itu, para pekerja dari kilang berdekatan turut diarah meninggalkan tempat kerja masing-masing sebagai langkah keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.Difahamkan, terdapat berbelas-belas tangki minyak yang setiap satu dapat mengisi 1 juta liter dan bahan kimia lain berada di sekitar lokasi kebakaran.
Bersebelahan tempat kejadian, terdapat satu kawasan industri yang menempatkan kilang memproses bahan-bahan kimia yang turut dipantau oleh pasukan bomba.
Kebakaran tersebut juga telah menyebabkan Lebuh raya Pasir Gudang sesak teruk.
Sistem Pelindung Petir
Ini bermakna, kebanyakan bangunan di negara kita terdedah kepada bahaya kerosakan peralatan elektronik, kebakaran bangunan dan boleh mendatangkan kecederaan atau kematian kepada pengguna yang berada berhampiran peralatan yang menerima kesan panahan kilat.
Walaupun, tiada angka dan kajian berhubung kerosakan dan kerugian secara khusus di negara kita berpunca panahan kilat, angka secara keseluruhan menunjukkan masalah itu perlu diambil serius dalam memastikan keselamatan bangunan dan pengguna terjamin.
Keadaan ini ditambah dengan wujudnya sikap ‘tidak perlu bimbang’ atau ‘tidak perlu kisah’ kepada perlunya sistem perlindungan kilat yang menepati piawaian sehingga berlaku kerosakan disebabkan panahan kilat terhadap sesebuah bangunan.
Pengarah Pusat Kecemerlangan Perlindungan Kilat (CELP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir, berkata kadar panahan kilat yang tinggi dengan sebilangan besar bangunan tidak dilengkapi sistem panahan kilat yang menepati piawaian adalah satu igauan besar kepada negara. Bangunan termasuk peralatan elektronik terdedah kepada kerosakan dan boleh membawa kepada kecederaan atau kematian.
Beliau berkata, kadar kegagalan atau kerosakan disebabkan perlindungan bukan konvensional terbukti tinggi bukan saja di negara ini malah berlaku di negara lain seperti Indonesia, Singapura dan Sri Lanka yang rata-ratanya menerima kadar panahan kilat yang tinggi.
Gangguan bekalan elektrik dan kerosakan peralatan elektronik akibat pancaran kilat terutama kepada sektor perindustrian menyebabkan kerugian ekonomi kepada negara. Penggunaan alat perlindungan kilat yang tidak menepati piawaian, boleh menyebabkan berlakunya risiko litar pintas yang membawa kepada gangguan bekalan elektrik atau kebakaran.
Mengikut piawaian antarabangsa, hanya sistem konvensional atau ‘Franklin System’ yang memenuhi kriteria ditetapkan untuk pemasangan sistem perlindungan kilat iaitu terdiri daripada komponen Rod Franklin, konduktor penghubung antara Rod Franklin dan terminal pembumian dan rod pembumian.
Alat perlindungan pusuan (Surge Protective Device) juga komponen penting bagi perlindungan dalaman seperti barang elektrik di dalam bangunan. Ini bertepatan dengan prosedur digariskan dalam piawaian oleh SIRIM (MS-IEC 62305) dan Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC).
Sehingga kini sistem bukan konvensional menjadi isu besar di dalam konsep dan kaedah perlindungan kilat di serata dunia kerana kos pemasangannya mahal tetapi tidak mempunyai bukti teknikal dan saintifik untuk perlindungan kilat yang berkesan hingga ditentang keras oleh saintis di seluruh dunia.
Dalam menyediakan sistem perlindungan kilat yang mengikut piawaian, kosnya bergantung kepada saiz bangunan, peralatan di dalam bangunan terbabit dan prosedur ini sudah dinyatakan dengan jelas di dalam piawaian yang dikeluarkan IEC.
Pengarah Kajian Pusat Kecemerlangan Perlindungan Kilat (CELP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir, berkata keadaan itu dua kali ganda lebih tinggi berbanding di Florida, Amerika Syarikat yang hanya merekodkan sebanyak 80 hari dalam setahun.
Kawasan Subang, Selangor pula adalah kawasan yang mempunyai kadar penerimaan kilat tertinggi iaitu sebanyak 362 hari dalam setahun pada 1987. Keadaan ini, mengatasi daerah Bogor, Indonesia yang dicatat dalam Guiness Book of World Records, dengan 322 hari penerimaan kilat dalam setahun pada 1988.
Apa yang membimbangkan sebagai sebuah negara berstatus perindustrian, dengan jumlah penerimaan kilat sebanyak itu, ia meletakkan negara pada kedudukan teratas dalam jumlah panahan kilat yang dikenali sebagai ‘Mahkota Kilat’ (Crown of Lightning).
Sistem perlindungan kilat yang mengikut piawaian amat penting bagi memastikan setiap bangunan selamat daripada panahan petir yang boleh mengakibatkan kerugian dan kehilangan nyawa.
12/26/2010
ARTIKEL KESELAMATAN PEKERJAAN.NOOR SHAZRINA SHAHFARI,SITI KHAIRIAH ABD MANAS,AZIZAH NADIYA ABU HARI,NURUL AIN ABD RAHMAN,NURWANI BT AZIZAN
Isu keselamatan dan kesihatan pekerja media
RAMAI pekerja yang tidak menyedari tentang kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan sehingga sesuatu kemalangan, kecederaan atau kematian berlaku.
Terdapat juga di kalangan kakitangan media yang melihat isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagai kurang menarik dan meletakkan keutamaan yang rendah dari segi liputan akhbar.
Hakikatnya, isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah terlalu penting untuk diabaikan. Tidak mengendahkan tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan akan mengundang bencana.
Pihak media boleh memainkan peranan yang utama dalam mempromosikan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kesan daripada sumbangan dari pihak media ini bukan sahaja dapat menjadikan pihak industri, majikan dan pekerja memberikan lebih perhatian tentang espek ini tetapi juga dapat mengurangkan lagi kemalangan dan kecederaan di tempat kerja.
Semua jenis industri termasuk industri media perlu bersikap lebih sensitif terhadap keperluan keselamatan di tempat kerja dan berusaha ke arah kemalangan sifar.
Mereka yang terlibat dalam industri media tidak harus dikecualikan dalam mengenal pasti potensi hazad-hazad yang terdapat di tempat kerja mereka yang boleh menyebabkan mereka terdedah kepada kecederaan.
Langkah harus diambil meningkatkan lagi kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja untuk kakitangan media yang terdiri daripada wartawan, jurugambar, editor dan pereka grafik serta pekerja-pekerja yang terlibat di dalam proses percetakan dan penyebaran.
Industri dan majikan harus menyedari tentang empat faktor utama dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan iaitu tanggungjawab korporat, kewajipan sosial dan moral, pengamalan perniagaan yang baik serta tanggungjawab perundangan.
Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang cekap bukan sahaja akan dapat mengurangkan risiko terhadap keselamatan dan kesihatan tetapi juga memastikan pulangan-semula perniagaan yang tinggi kepada syarikat dan meningkatkan produktiviti.
Majikan perlu bersedia untuk melabur dalam bidang keselamatan pekerjaan manakala pekerja perlu mengamalkannya di tempat kerja.
Syarikat-syarikat perlu memperuntukkan perbelanjaan tahunan bagi latihan keselamatan untuk membantu mencegah kemalangan yang berkaitan dengan pekerjaan.
Dalam usaha kakitangan media mengharungi pelbagai ancaman dan risiko yang melanda dunia masa kini contohnya kekejaman, perubahan cuaca, peningkatan risiko banjir, ancaman cuaca panas serta penularan penyakit yang mudah berjangkit, kakitangan media perlu diberikan latihan dan pendidikan untuk menguruskan risiko, hazad dan bencana ini.
Isu-isu utama tentang pendedahan risiko, potensi hazad dan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang efektif untuk mengurangkan tahap dan keterukan kecederaan serta penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan harus dititik beratkan.
TAN SRI LEE LAM THYE ialah Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).
KOMEN MENGENAI ISU KESELAMATAN MEDIA
1. ATRIKEL INI DILAPORKAN PADA 4/3/2010
2. PIHAK MEDIA HARUSLAH MEMENTINGKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN.
3. PIHAK MEDIA HARUSLAH BERWASPADA AGAR TIDAK MEMBERI MAKLUMAT YANG TIDAK BENAR.
4. HARUSLAH SENSITIF AGAR TIDAK MEMBERI MAKLUMAT YANG PALSU.
Rocket with Indian satellite explodes after launch
NEW DELHI (AP): A rocket carrying an Indian communication satellite exploded just after liftoff in the second launch failure for India's space agency this year.
Television images showed the rocket exploding in smoke and fire just after it launched Saturday from the Sriharikota space center in Andhra Pradesh state. It was carrying a GSAT-5P communication satellite into orbit.
The vehicle developed an error 47 seconds after liftoff and lost command, leading to a higher angle in the flight, said K. Radhakrishnan, chairman of the Indian Space Research Organization.
"That caused a higher stress, breaking up the vehicle," Radhakrishnan told reporters. In April, a similar rocket on a developmental flight plunged into the Bay of Bengal.
The ISRO said its rotor seized and turbine casing ruptured, probably due to excessive pressure and thermal stresses.
Yashpal, a retired Indian scientist and independent commentator, said he was very disappointed by Saturday's failure, but other countries too have experienced such problems.
"I hope it's just one of those things," Yashpal, who uses one name, told reporters. India is planning its first manned space flight in 2016.
An Indian satellite launched in 2008 to orbit the moon was abandoned last year after communication links snapped and scientists lost control of the satellite.
India is the fifth country after United States, Russia, China and France to enter the commercial satellite launch market.
The country has sought to convert its rise as an economic power - built on a thriving high-tech sector - into global clout in other areas.
Since 1994, India's space program has launched a number of Indian-made satellites. It's also been able to launch nine successful space flights consecutively.
From TheStars Online