1/11/2011

Jadual Baru DIP2c

Salam...

berikut adalah jadual baru DIP2C

hari Khamis jam 9:00 pg MTM 2.3  (yang hari Ahad macam biasa..)

so kelas sekarang ada Hari Ahad dan Khamis

Harap maklum

1/02/2011

NOOR SHAZRINA, AZIZAH NADIA, NUR AIN, SITI KHAIRIAH, NURWANI

Kemalangan di tempat kerja ragut lebih 5,000 nyawa
29/07/2010 6:15pm

MELAKA 29 Julai – Seramai 5,116 pekerja meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja dalam tempoh antara 2006 dan tahun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Datuk Ir. Dr. Johari Basri.
Beliau berkata, pada tahun 2006, jumlahnya ialah 1,303, manakala pada tahun 2007 (1,337 orang), 2008 (1,176 orang) dan 2009 (1,300 orang), dengan paling banyak menyebabkan kematian membabitkan pekerja sektor pembinaan.
Bagaimanapun menurutnya, jumlah kes kemalangan di tempat kerja menunjukkan penurunan ketara lebih 40 peratus berbanding kira-kira 15 tahun lalu, iaitu daripada 120,000 kes pada 1995 kepada 61,161 kes tahun lepas.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Seminar keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi Pihak Berkuasa Tempatan 2010 Peringkat Melaka dan Negeri Sembilan di Ayer Keroh di sini, hari ini. – Bernama



KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA (LAPORAN)

MELAKA 29 JULAI
MANGSA TERKORBAN : SERAMAI 5116 PEKERJA ( 2006 DAN SELEPAS )
AKIBAT DARIPADA : SEKTOR PEMBINAAN

Bas Terbabit Kemalangan Di Cameron Highlands Jenis 'High-Decker', Bukan Dua Tingkat

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menjelaskan bahawa bas yang terbabit dalam kemalangan di Cameron Highlands pada Isnin lepas diistilahkan sebagai bas 'high-decker' dan bukannya bas dua tingkat.
"Sesebuah bas 'high-decker' mempunyai satu tingkat untuk penumpang dan tingkat yang lebih rendah untuk menyimpan bagasi. Biasanya ia merupakan bas persiaran.
"Bas jenis ini juga lebih tinggi daripada bas biasa tetapi bukanlah sama tinggi dengan bas dua tingkat," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Ditanya sama ada bas 'high-decker' sesuai digunakan di jalan raya yang berbukit-bukit, Kong berkata ia bergantung sama ada semua keperluan telah pun dipenuhi.
"Bagi kenderaan ini, selagi ia mematuhi semua keperluan dan spesifikasi teknikal yang diperlukan, kenderaan itu boleh digunakan di mana-mana sahaja jalan raya di negara ini," katanya.
Dalam kemalangan dua hari lepas, bas yang membawa 37 penumpang itu merempuh pembahagi jalan dan terbalik di jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, mengorbankan 25 pelancong rakyat Thai dan dua warga Malaysia, iaitu masing-masing pemandu bas dan pemandu pelancong.
Sepuluh pelancong Thai pula cedera. – BERNAMA

KEMALANGAN BAS PERSIARAN (LAPORAN)

BAS YANG MEMBAWA 37 PENUMPANG
AKIBAT : MEREMPUH PEMBAHAGI JALAN DAN TERBALIK
JALAN : CAMERON HIGHLANDS – SIMPANG PULAI
MANGSA TERKORBAN : SERAMAI 25 ORANG ( PELANCONG THAI
SERAMAI 2 ORANG WARGA TEMPATAN
MANGSA TERCEDERA : 10 ORANG ( WARGA THAI )

Tiga beranak maut dalam kemalangan jalan raya di Tawau
2010/09/09

TAWAU: Tiga beranak maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan jenis Ninja King di kilometer 20, Jalan Tawau–Merotai, dekat sini, hari ini.

Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Tawau, Asisten Superintendan Sabri Zainol Abidin, berkata mangsa itu dikenali sebagai Agnes Gau Bole, 36, dan sepasang anaknya, Immanuel Bole (8 tahun), dan Fredercia Indriani Bole, 14.
"Seorang mati serta-merta di tempat kejadian dan dua lagi meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Tawau," katanya di sini.
Sabri berkata, keluarga itu adalah pemegang pasport Indonesia yang hendak ke bandar Tawau untuk membeli persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Sabri berkata, keluarga berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan dari Merotai ke Tawau sebelum kejadian itu berlaku pada kira-kira 7 pagi.

"Kita percaya kenderaan itu dipandu laju sehingga menyebabkan ia terbabas dan masuk gaung di sebelah kiri jalan," katanya.

Sabri meminta saksi kejadian supaya tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Joseph Jelian atau pembantunya, Sarjan David di talian 089-752222 sambungan 258. - Bernama

IPOH: Pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, kembali tenang malah tidak lagi menjadi tumpuan media dan orang awam setelah semua 25 mayat pelancong Thailand yang maut dan seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan ngeri, dihantar ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selangor tengah hari tadi menuju ke negara itu.

Bagaimanapun suasana itu berbeza berbanding pagi tadi ketika proses pengumpulan dan dokumentasi dilakukan seawal 8.30 pagi apabila ia diselubungi suasana hiba dan pilu apabila waris meratapi pemergian mangsa.
Ruang legar jabatan berkenaan dipenuhi dengan susunan keranda berwarna putih dengan dibaluti dan dilabel nama setiap pelancong yang maut.
Antara waris yang datang ialah Minnita, 29, yang tiba dari Bangkok, Thailand pada 8 malam tadi untuk menuntut mayat kedua-dua ibu dan bapanya, Phuwadit dan Thanathon Thansak Theenakun.

Anak tunggal kepada pasangan yang maut itu tiba di perkarangan jabatan berkenaan 9.30 pagi, terpaksa ditenangkan oleh wakil Kedutaan Thailand selepas dimaklumkan bahawa kedua-dua orang tuanya turut terkorban dalam kemalangan berkenaan.

Selain itu, Aummarime Kamolkunpipat turut menangis kerana tidak dapat menahan rasa sedih atas kehilangan isterinya, Piyanun Klingchuay.

Usaha pihak media untuk menemubual waris gagal apabila tidak dibenarkan berada berhampiran dengan mereka, sebaliknya diminta berada pada jarak kira-kira enam meter dari kawasan menunggu waris, wakil agensi pelancongan terbabit dan wakil kedutaan.
Proses penghantaran kesemua yang maut ini turut mendapat liputan meluas media dari Thailand antaranya Channel 3, NBC dan NEC selain media tempatan.

Lima sami Budhha dari Wat Sri Bunyama yang terletak di Jalan Raja Dihilir di sini turut dibawa ke jabatan ini untuk melakukan upacara keagamaan ke atas semua mangsa yang maut yang disertai waris dan wakil kedutaan.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah lori 25 tan metrik digunakan untuk membawa semua 25 keranda mayat ke Lapangan Terbang TUDM Subang dan lebih 50 anggota terdiri daripada pasukan polis dan tentera turut sama membantu mengangkat keranda ke dalam lori yang disediakan.

Lori berkenaan bergerak ke Lapangan Terbang TUDM di Subang dengan diiringi polis trafik.

Pagi Isnin lalu, 27 penumpang maut dalam satu kemalangan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands setelah sebuah bas persiaran dua tingkat yang mereka naiki hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertentangan.

Daripada jumlah itu, 25 daripadanya adalah pelancong Thailand manakala dua lagi mangsa adalah rakyat tempatan.

Sementara itu, seorang mangsa yang cedera, Areena Nasir, 20, memberitahu bahawa bas persiaran yang dinaiki itu tidak dipandu laju sebelum ia merempuh bahagian bukit di sebelah kanan ketika menuruni laluan dari Cameron Highlands.

Bagaimanapun, katanya beliau terbau sesuatu yang terbakar dan hangit pada setiap kali pemandu bas terbabit menekan brek ketika menuruni laluan berbukit di kawasan berkenaan.

"Tidak, bukan melebihi had laju...saya duduk di sebelah pemandu dan ada bau brek bas apabila pemandu tekan brek. Mungkin brek bas tidak berfungsi," katanya ketika ditemui pemberita di ruang legar di Unit Kecemasan HRPB.

Beliau kemudiannya menaiki ambulan HRPB untuk dibawa ke Bukit Kayu Hitam sebelum rawatan lanjut diambil alih oleh Hospital Hadyai di THailand.

Areena yang juga pelajar tahun tiga jurusan Undang-Undang di Walailak University, Nakhon Sithamarat dan bercuti di kawasan peranginan itu bersama emak saudaranya, Dariah Ismail, 59.

Selain Areena, Rungnapa Klungsuwan, 53, dan Suchanchira Chaiaueai 41 turut menaiki ambulan ke Bukit Kayu Hitam dengan diiringi jururawat dan doktor dari Thailand, manakala Pramualrat Phimpahu, 45 dibawa ke TUDM Subang untuk menaiki pesawat ke Bangkok.

Enam mangsa yang cedera masih dirawat di HRPB kerana mereka tidak berupaya untuk dibawa pulang. - BERNAMA

TIGA BERANAK MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA DI TAWAU (LAPORAN)

TEMPAT : TAWAU
MANGSA TERKORBAN : 3 BERANAK
JENIS KENDERAAN YANG DINAIKI : NINJA KING
TEMPAT : KILOMETER 20 , JALAN TAWAU – MEROTAI