Loading...

2/28/2011

KEMALANGAN DISEBABKAN KECUAIAN


DI SEDIAKAN OLEH:
NURAIN BT MOHD IZAHAR , NURUL SYAZWANI BT JAMALUDIN,
NUR AISYA BT MOHD SETAR , NURSHAZWANI BT SOHAIMI ,
SYAMIMI BT ABD YAZAN , FARAH WAHIDA BT SEDIK


Pencegahan Kemalangan di Tempat Kerja

Pengenalan
Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu
dititikberatkan dalam semua hal. Semua pihak mesti berwaspada dan sentiasa
mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja, terutamanya ketika
menggunakan peralatan mesin.
Sehubungan dengan itu, peraturan tentang keselamatan perlu dimaklumkan kepada pengguna untuk dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Kemalangan yang biasa berlaku di tempat kerja, umumnya boleh dikelaskan kepada tiga jenis, iaitu:
        i.            Kecuaian manusia seperti tidak berhati-hati ketika bekerja dan tidak menggunakan alat keselamatan seperti gogal dan pelindung muka.
      ii.            Peralatan dan mesin yang digunakan dalam keadaan tidak selamat seperti mesin pemampat udara yang tidak    mempunyai pelindung atau menggunakan tukul yang mempunyai hulu yang telah longgar.
    iii.            Persekitaran tempat kerja yang kurang selamat seperti bekerja di  kawasan yang gelap,sempit, dan lantai yang berminyak.


Tingkah Laku Dan Pakaian
Semasa berada di tempat kerja, pengguna perlu menjaga tingkah laku dan
mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan
dan mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku. Untuk itu, beberapa
peraturan keselamatan tentang tingkah laku dan pakaian telah ditetapkan.

Tingkah Laku Di Tempat Kerja
Untuk menjauhi kemalangan ketika berada di tempat kerja, beberapa peraturan hendaklah dipatuhi. Biasanya, di setiap tempat kerja terdapat peraturan am yang telah di tetapkan dan peraturan ini boleh dikelaskan kepada dua, iaitu keselamatan diri dan keselamatan di tempat kerja.

 Keselamatan Diri
Pengguna perlu mematuhi peraturan berpakaian ketika berada di tempat kerja.
Pengguna hendaklah mengikut kaedah yang betul ketika menggunakan dan
mengendalikan peralatan dan mesin semasa berada di tempat kerja. 
Pengguna tidak dibenarkan bermain-main dan bergurau senda dengan
rakan-rakan sama ada dengan peralatan dalam bengkel atau tidak.

Keselamatan Tempat Kerja
        i.            Tempat kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan
kerja dijalankan dengan baik dan lancar.
      ii.            Tempat kerja mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah.
    iii.            Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.







Pakaian Dan Alat Perlindingan Di Tempat Kerja
Cara berpakaian juga perlu dititikberatkan bagi menjamin keselamatan pengguna ketika melaksanakan kerja. Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu:
a. Pakaian am
b. Pakaian perlindungan
c. Peralatan perlindungan

Pakaian Am
        i.            Pakaian yang dipakai semasa bekerja hendaklah sesuai,iaitu tidak terlalu longgar atau terlalu ketat.
      ii.             Pakaian yang terlalu longgar boleh menyebabkan kemalangan kerana mudah tersangkut pada peralatan dan mesin, terutamanya pada mesin yang sedang bergerak.
    iii.            Pakaian yang terlalu ketat pula menyukarkan pergerakan dan menyebabkan pemakai berasa kurang selesa untuk bekerja.
     iv.            Rambut mestilah pendek dan kemas.bagi pekerja perempuan yang berambut panjang pula,rambut hendaklah diikat supaya tidak tersangkut pada mesin yang sedang berputar.
       v.            Pekerja yang memakai tudung hendaklah menyisipkan tudung ke dalam baju.
     vi.            Barang perhiasan seperti jam tangan, cincin dan rantai hendaklah ditanggalkan sebelum kerja dimulakan.
   vii.            Barang-barang tersebut hendaklah disimpan kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat tersangkut atau menjadi pengalir elektrik semasa litar pintas berlaku.

Pakaian Perlindungan
        i.            Kasut yang dipakai hendaklah mempunyai pelindung keselamatan.
      ii.            Kasut ini dapat melindungi kaki daripada terkena serpihan atau sekiranya ditimpa benda berat.
    iii.            Tapaknya yang tebal juga dapat melindungi kaki daripada benda tajam dan tergelincir kerana tapaknya tidak mudah haus.
     iv.            Sarung tangan yang sesuai perlu digunakan ketika memegang bahan kerja atau peralatan bagi mengelakkan kecederaan semasa kerja mengimpal, memotong dan merivet.
       v.            Apron atau pakaian keselamatan yang diperbuat daripada kulit perlu dipakai  
             bagi mengelakkan kecederaan pada tubuh ketika melakukan kerja mengimpal.

Peralatan Perlindungan
Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti gogal (semasa mencanai dan
menggerudi) serta pelindung muka (semasa mengimpal arka) perlu digunakan.

Pengalihan Dan Penyimpanan Bahan-bahan
Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan dalam aktiviti kejuruteraan.Antara bahan yang biasa digunakan di tempat kerja ialah bahan mudah terbakar, bahan yang berat dan panjang, serta bahan toksik. Bahan tersebut hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah disenggara.

Bahan Mudah Terbakar
        i.            Bahan mudah terbakar terdiri daripada silinder gas yang berisikan gas asetilena dan oksigen yang digunakan dalam kerja kimpalan dan cecair bahan api seperti petrol, diesel, kerosin, dan sebagainya.
      ii.            Bahan berbentuk cecair hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup dan tidak mudah terdedah pada udara.
    iii.            Simpan bahan tersebut di tempat yang selamat serta jauh dari punca api.Ia juga mesti dilabel dan tempat simpanannya hendaklah ditanda amaran seperti Awas Mudah Terbakar bagi mengingatkan pengguna supaya sentiasa berhati-hati semasa berada di tempat tersebut dan ketika menggunakannya.
     iv.            Bahan mudah terbakar perlu disimpan atau diletakkan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik bagi memastikannya sentiasa dalam keadaan selamat.
       v.            Apabila bahan tersebut ingin dipindahkan, gunakanlah troli dan bekas yang bertutup bagi mengelakkannya daripada tertumpah.
     vi.            Bagi silinder gas yang mengandungi oksigen dan asetilena, silinder tersebut hendaklah sentiasa dalam keadaan tegak .


Bahan Berat Dan Panjang
        i.            Bahan berat dan panjang pula terdiri daripada bahan berbentuk pepejal pelbagai saiz seperti bahan logam dan komponen-komponen mesin.
      ii.            Bahan yang berat dan panjang seperti logam hendaklah diletakkan di atas rak yang kukuh dan kuat, manakala bahan yang kecil seperti skru dan rivet hendaklah disimpan dalam bekas kecil yang bertutup dan berlabel bagi mengelakkannya daripada berselerak dan hilang.
    iii.             Rak yang dibina bagi menyimpan bahan berat dan panjang hendaklah tidak terlalu tinggi sehingga sukar hendak dicapai. Apabila bahan berat hendak dialih, lakukan dengan berhati-hati dengan bantuan rakan-rakan atau dengan menggunakan bantuan jek atau troli. Bagi bahan yang panjang pula,alihkan bahan tersebut dengan bantuan rakan-rakan bagi memudahkan pengalihan.

Bahan Toksik
        i.            Bahan toksik yang terdiri daripada bahan kimia hendaklah diasingkan daripada bahan mudah terbakar dan bahan lain. Tujuannya adalah untuk mengelakkan tumpahan yang boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna.
      ii.            Bekas bahan tersebut hendaklah dilabelkan.
    iii.            Apabila bahan tersebut hendak dialihkan, gunakan troli dan bekas yang bertutup bagi mengelakkan tumpahan.

Penggunaan Alat Dan Kelengkapan
Peraturan penggunaan alat dan kelengkapan juga perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan pengguna di tempat kerja. Antara peraturannya adalah seperti yang berikut:
a)     Elakkan daripada menggunakan peralatan atau mesin sekiranya tidak tahu kaedah penggunaannya. Jika salah menggunakannya atau mengendalikannya mungkin boleh menyebabkan kemalangan.
b)     Pastikan bahagian mesin yang berputar mempunyai pelindung keselamatan. Contohnya, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.

            http://htmlimg3.scribdassets.com/7camjpfog0m1pjd/images/8-7c7ea988b5/000.jpg

Rajah 3.3.1 Pemampat udara yang mempunyai pelindung & pahat yang selamat serta tidak selama    digunakan,

c)     Pastikan peralatan dalam keadaan baik sebelum digunakan.
d)      Penggunaan peralatan yang telah rosak seperti pahat yang berkepala cendawan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat penyerpihan logam pahat semasa memahat.

Penggunaan Kuasa Elektrik
        i.            Kuasa elektrik digunakan dengan meluas dalam bidang perindustrian dan pembuatan. Kuasa elektrik digunakan bagi membolehkan kerja dilakukan dengan lebih cepat, selamat dan sistematik.
      ii.            Bagaimanapun, penggunaan elektrik yang tidak disenggara dengan baik boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.
    iii.            Penggunaan kuasa elektrik dengan cara yang tidak selamat seperti boleh menyebabkan renjatan elektrik dan kebakaran.
     iv.            Bagi mengelakkan kemalangan elektrik, pekerja mestilah sentiasa berwaspada dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.
       v.             Antara langkah yang perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kemalangan elektrik adalah dengan memastikan setiap penggunaan bahan elektrik dilengkapi dengan pembumian dan penebatan.
pendawaian elektrik.
Penebatan pula amat perlu bagi setiap alat elektrik sebagai pelindung untuk mengawal pengaliran arus. Arus dan voltan yang berlebihan semasa alat elektrik digunakan boleh membahayakan pengguna dan merosakkan alat tersebut. Sebab itu, alat pelindung diperlukan
Alat pelindung atau peranti pelindung yang biasa digunakan ialah fius dan pemutus litar. Peranti pelindung berfungsi memutuskan aliran elektrik dalam litar jika berlaku kebocoran elektrik atau sekiranya tenaga elektrik digunakan secara berlebihan.Jika tiada peranti perlindung, kemalangan elektrik mungkin boleh berlaku.
3.5.1 Renjatan Elektrik
Apabila berlaku renjatan elektrik, pengguna akan terdedah kepada bahaya elektrik sehingga masalah yang menyebabkan renjatan dapat diatasi. Biasanya, renjatan elektrik boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan segera. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan renjatan elektrik. Antaranya termasuklah:
a. Kebocoran pendawaian seperti kabel pecah, sambungan yang rosak
dan tiada pembumian.
b. Kesilapan pendawaian elektrik semasa dibaiki dan diubahsuai oleh
orang yang tidak bertauliah.
c. Persekitaran yang basah.
d. Kerosakan alat elektrik.
Semasa renjatan elektrik berlaku,badan mangsa akan berfungsi sebagai pengalir arus elektrik. Renjatan juga akan menyebabkan mangsa melecur, pengsan dan perlu di beri rawatan segera. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, mungkin boleh mengakibatkan kematian kepada mangsa.
10
Berikut merupakan langkah yang perlu diambil apabila berlaku renjatan
elektrik:
a. Putuskan bekalan utama elektrik, jangan sesekali menyentuh
mangsa sebelum bekalan diputuskan.
b. Alihkan mangsa renjatan ke tempat yang selamat.
c. Berikan bantuan pernafasan sekiranya mangsa pengsan atau
pernafasannya terhenti.
d. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
3.6
Kebakaran
Elektrik juga boleh menyebabkan kebakaran. Umumnya, terdapat beberapa
faktor yang menyebabkan hal ini berlaku, antaranya :
a. Berlaku kerosakan pada sistem penebatan kabel yang
menyebabkan litar pintas.
b. Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.
c. Penggunaan fius yang salah
d. Penyambungan litar yang longgar pada peranti
3.6.1 Pencegahan Kebakaran
Kebakaran yang berlaku boleh menyebabkan kecederaan, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kebakaran. Antaranya ialah:
i.
Bahan mudah terbakar seperti gas, petrol dan sebagainya.
11
ii.
Kecuaian pekerja yang tidak mematuhi peraturan semasa bekerja dengan bahan
api dan merokok di tempat kerja.
iii.
Berlaku litar pintas yang disebabkan oleh kerosakan pada pendawaian, peralatan
dan mesin.
Bagi mengelakkan kebakaran, pengguna mesti sentiasa mematuhi peraturan dan langkah keselamatan yang telah ditetapkan. Antara langkah yang perlu diambil dan dipatuhi ialah:
i.
Pastikan pendawaian elektrik di tempat kerja dalam keadaan
sempurna.
ii.
Pastikan peralatan dan mesin yang menggunakan kuasa elektrik
sentiasa dalam keadaan selamat untuk digunakan.
iii.
Pastikan bahan mudah terbakar tersimpan di tempat yang selamat
dan jauh dari punca api
iv.
Pastikan alat pemadam api sentiasa dalam keadaan baik dan boleh
digunakan. Letakkannya di tempat yang mudah dicapai.
Dengan mengambil langkah berjaga-jaga, pengguna dapat mengelakkan
sebarang kejadian yang tidak diingini demi keselamatan semua pihak.
3.6.2 Alat Pemadam Api
Alat pemadam api ialah alat yang digunakan untuk memadam kebakaran. Alat pemadam api yang sering digunakan adalah dalam bentuk silinder. Kaedah menggunakan alat pemadam api perlu dipelajari oleh semua pihak agar dapat bertindak dengan cara yang betul.
Apabila berlaku kebakaran,setiap pekerja yang berada di tempat kerja perlu bersedia mengambil tindakan yang cepat dan tepat. Alat pemadam api yang disediakan mesti digunakan dengan betul dan dapat membantu memadamkan kebakaran.
12
 vii.            Biasanya, alat pemadam api yang terdapat di tempat kerja digunakan untuk memadamkan kebakaran yang kecil dan punca kebakaran sebelum pihak bomba datang membantu.
 viii.            Adalah satu kesalahan sekiranya mana-mana bangunan tidak menyediakan alat pemadam api kerana ia amat penting bagi mengelakkan kebakaran kecil daripada terus merebak ke tempat lain.
     ix.            Terdapat pelbagai alat pemadam api yang boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran. Selain itu, pasir dan air juga boleh digunakan bagi memadamkan kebakaran yang berpunca daripada bahan seperti tilam,kain,kayu dan perabot.

 Peti Pertolongan Kecemasan
Semua pekerja perlu mempunyai pengetahuan asas tentang pertolongan cemas supaya dapat membantu sekiranya berlakunya kemalangan atau kecemasan di tempat kerja. Di samping itu, tempat kerja juga perlu dilengkapi dengan peti pertolongan cemas.
           
                                              
Peti ini hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah diperolehi apabila ingin digunakan. Senarai kelengkapan dan ubat-ubatan yang perlu ada dalam kotak peti pertolongan cemas serta kegunaannya ditunjukkan dalam jadual dibawah.

       Jadual : Senarai alat dan ubat yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas serta kegunaannya.

Alat/Ubat
Kegunaan
1.      Kain anduh
Mengampu lengan yang patah atau terseliuh
2.      Kain Pembalut Kasa
Membalut luka atau anggota yang terseliuh
3.      Gunting
Memotong
4.       Larutan Flavin
Merawat luka
5.      Larutan Antiseptik
Merawat luka
6.       Krim Antiseptik
Merawat luka
7.       Kapas
Mencuci luka serta menyapu ubat pada luka
8.      Penampal Luka (Plaster)
Membalut luka kecil

 Rawatan Kecederaan
Apabila berlaku kecederaan seperti luka dan melecur, rawatan segera hendaklah di berikan kepada mangsa sebelim bantuan perubatan tiba. Antara beberapa langkah segera perlu di ambil ialah:

a. Rawatan luka
·         Sapukan ubat antiseptic pada bahagian luka.
·         Lekatkan penampal luka.
·         Sekiranya luka besar, balutkan dengan kain kasa.
·         Jika darah keluar banyak, tambahkan balutan kain itu.  
·         Tinggikan bahagian anggota yang berdarah untuk memperlahankan darah keluar.

b. Rawatan mangsa patah
        Anggota yang patah tidak boleh di gerakan dan jangan sesekali
        bertindak kasar.
        Gantungkan anggota yang patah dengan menggunakan kain anduh untuk mengampu anggota tersebut dengan berhati-hati.
         Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

c. Rawatan melecur
        Jangan sentuh pada tempat melecur
        Jangan letakkan sebarang ubat jika keadaan tempat yang melecur kelihatan teruk.
        Balutkan tempat melecur dengan kain pembalut yang bersih sementara menunggu bantuan perubatan.
        Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

        d. Sesak nafas tempat yang lapang untuk mendapatkan pengaliran udara yang lebih baik.
Tenangkan dan rehatkan
        Longgarkan ikatan seperti leher dan tali pinggang yang terdapat pada badan mangsa.
        Alihkan mangsa ke mangsa.
        Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

No comments:

Post a Comment