2/26/2011

KEMALANGAN JALAN RAYA

KEMALANGAN JALAN RAYA
Kemalangan Jalan Raya
~Perbincangan di http://cgsue4118.forumotion.com/~

Pengenalan
Pembangunan rangkaian pengangkutan jalan raya merupakan salah satu faktor penting dalam menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk kepentingan program pembangunan ekonomi negara. Namun demikian dengan peningkatan dan perkembangan yang pesat dalam sektor pengangkutan telah menimbulkan masalah dan isu tentang keselamatan jalan raya pada muktahir ini dengan meningkatnya jumlah kemalangan jalan raya. Kejadian kemalangan jalan raya merupakan salah satu masalah utama negara ketika ini yang melibatkan pelbagai aspek sosio-ekonomi.

Perbincangan 1:
FAKTOR :
Salah satu faktor utama yang dapat dikesan dalam menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya di Malaysia ialah faktor manusia yang sebahagian merupakan pengguna jalan raya terutama pemandu dan penunggang kenderaan serta pejalan kaki. Hasil dapatan kajian mendapati sifat-sifat pemandu yang sabar, cermat, sopan dan bertimbang rasa mempunyai hubungan korelasi positif dengan kemalangan jalan raya. Sikap terhadap perasaan seperti terganggu, tertekan, pandu laju dalam keadaan mood tidak baik menunjukkan signifikan dengan kecenderungan berlakunya kemalangan jalan raya.

Sikap pemandu terhadap had kelajuan menunjukkan signifikan bagi pemandu yang memandu melebihi had laju 30 km/j dan tidak mematuhi had kelajuan. Sikap bertanggungjawab dan bertimbang rasa, sikap tidak hiraukan tanda jalan, memintas kenderaan di garisan berkembar, ikut kenderaan dengan rapat, membelok tanpa memberi isyarat dan memasukki jalan utama dengan beranggapan kenderaan lain memberi laluan menunjukkan terdapatnya signifikan dengan kemalangan jalan raya.

Sikap suka memandu laju disebabkan faktor tekanan masa seperti ingin cepat sampai, terlewat, tergesa-gesa, ghairah ke sesuatu destinasi dan menghambat waktu pejabat turut menunjukkan signifikan dengan kemalangan jalan raya. Memandu laju disebabkan inginkan cabaran dan keseronokan mendapati sikap habit, keseronokan, suka memandu laju dan suka mengambil risiko turut menunjukkan signifikan yang nyata. Sikap memandu laju disebabkan luat memandu mendapati penat, setiap minit dikira dan ingin cepat sampai menunjukkan kesignifikanannya.

Sikap ingin mencapai kepuasan dengan memandu laju disebabkan faktor kawan memandu laju, kehebatan memandu, berlumba di jalan raya, suka menunjuk-nunjuk, ingin memenuhi citarasa kepuasan dengan memandu laju dan kepuasan merasa risiko bahaya telah menunjukkan kesignifikanannya yang nyata. Begitu juga dengan kajian sosio-demografi dari segi pengalaman memandu, umur, tahap pendidikan dan jantina pemandu menunjukkan signifikan dengan kemalangan jalan raya.

Perbincangan 2:
Salah satu punca yang menyebabkan kes ini berlaku ialah sikap pengguna jalan raya yang kurang berhati-hati ketika berada di jalan raya. Ketika memandu, ramai pengguna yang kurang memberikan perhatian terhadap keadaan lalu lintas pada masa itu. Sebagai contoh, mereka tidak mengambil berat akan tanda-tanda keselamatan di jalan raya, berbual-bual ketika memandu, mendengar radio, menggunakan telefon bimbit, dan sebagainya. Tegasnya, perbuatan seperti ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi juga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Selain itu, ada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang di jalan raya. Undang-undang yang digubal oleh kerajaan sebenarnya bukanlah untuk menyusahkan pengguna jalan raya, malah bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pengguna. Sebagai contoh, banyak pengguna jalan raya yang memandu kenderaan melebihi had laju yang telah ditetapkan walaupun saman yang dikeluarkan semakin bertambah. Undang-undang perlu dipatuhi kerana ketika bergerak laju pelbagai perkara boleh berlaku seperti tayar meletup, binatang melintas, kereta di hadapan berhenti dengan tiba-tiba, dan sebagainya yang akhirnya boleh menyebabkan kemalangan.

Bukan itu sahaja, ada pengguna jalan raya yang bersikap mementingkan diri sendiri. Mereka ini tidak mempedulikan orang lain. Hal ini sering berlaku pada waktu kesesakan jalan raya. Sebagai contoh, ada pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan untuk memastikan kenderaan mereka tidak terperangkap. Kemudian, mereka memotong barisan kenderaan lain yang telah lama beratur panjang. Tindakan ini bukan sahaja boleh mengundang kemalangan berlaku, malah boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati oleh pemandu kenderaan lain yang boleh menyebabkan perselisihan faham.

Kemalangan jalan raya juga boleh berlaku disebabkan pejalan kaki yang tidak mahu menggunakan jejantas yang telah disediakan. Mereka tidak mahu menggunakan jejantas yang disediakan dengan alasan untuk menjimatkan masa dan tenaga. Keadaan ini menyukarkan pemandu kenderaan lain yang terpaksa memperlahankan kenderaan mereka , dan seterusnya menyebabkan berlakunya kesesakan. Apabila berlaku kesesakan, peratus berlakunya kemalangan akan meningkat. Walaupun pihak berkuasa kerap kali mengambil tindakan terhadap pejalan kaki yang tidak menngunakan jejantas ketika melintas jalan, namun tindakan ini masih kurang berkesan.

Seterusnya, ada pengguna jalan raya yang menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan. Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan raya yang lain, malah membahayakan nyawa pengguna itu sendiri. Walaupun pihak berkuasa sering mengadakan sekatan jalan raya, kempen, menahan pemandu yang terbabit dalam perlumbaan haram, namun kegiatan ini masih berterusan dan semakin bertambah. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pengguna jalan raya tidak menghargai nyawa sendiri dan orang lain.

Umumnya, punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya perlu ditangani dengan segera dan bijak. Selain kempen yang berterusan, pihak berkuasa hendaklah menguatkuasakan peraturan pada setiap masa tanpa memilih bulu. Bukan itu sahaja, pihak berkuasa juga hendaklah mengenakan denda yang lebih berat kepada sesiapa sahaja yang menyebabkan kemalangan berlaku. Para pengguna jalan raya pula perlulah mengubah sikap dan sentiasa berhati-hati ketika di jalan raya sepanjang masa.

Gambar Kemalangan Maut Lebuhraya Utara-Selatan, Simpang Ampat


UPDATE : Angka korban meningkat kepada 19 orang
Apa yang anda dapat bayang dan fikirkan, apabila sebuah bas daripada lorong sebelah boleh melambung ke lorong sebelah sehingga menyebabkan bas tersebut menghempap sebuah kereta Perodua Myvi? Bagaimana agaknya keadaan penumpang di dalamnya? Nah…..satu lagi episod hitam bagi kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan melibatkan bas ekspres dan beberapa kenderaan lain…….

Takziah kami ucapkan. Sangat sedih apabila kami mendengar berita menyayat hati ini. Persoalannya sampai bila berita kemalangan maut dan tragis seperti ini disajikan kepada kita semua? Apakah selama ini kita tidak mengambil iktibar termasuk kejadiankemalangan ngeri Sani Ekspres sebelum ini? Setakat yang kami ketahui sehingga petang ini angka korban telah meningkat ke 15 orang. Mengapa pemandu seperti ini boleh diberikan terus kebenaran untuk menjadikan penumpang-penumpangnya sebagai mangsa seterusnya.
Mengapa sanggup memperjudikan nyawa mereka? Tidak cukup setakat menggantung, tetapi adalah lebih layak hukuman membatalkan terus lesen untuk pemandu seperti ini. Pemandu-pemandu seperti ini tidak layak menjadi pemandu? Sayang sangatkah mahu menyingkirkan pemandu seperti ini? Sudah tiba masanya, hukuman yang LEBIH TEGAS kepada mereka supaya menjadikan pengajaran yang lebih “terkesan” kepada yang lain
Berlakunya kemalangan ngeri antara dua buah bas ekspres (bas ekspres Delima dan bas Jabatan Kebajikan Masyarakat), tiga buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah dekat Rembau pada pukul 7 petang Ahad (10 September 2010)

Keadaan trafik selepas kejadian kemalangan maut tersebut
Babak dan kronologi kemalangan bas ekspres di Lebuhraya Utara Selatan ?

 Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta Perodua Myvi yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban
 Bas ekspres Delima tersebut terbalik dengan tayar ke atas
 Dipercayai mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya
 Keadaan mayat pula dilaporkan amat menyedihkan. Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya. (Menurut kata-kata salah seorang mangsa yang terselamat)

Adakah selepas ini kita akan disajikan dialog dan laporan lazim seperti yang dipaparkan sebelum ini?
 Pemandu bas maut mempunyai 45 saman tertunggak.
 Kemudian keluar pelbagai cadangan yang diutarakan oleh “cerdik pandai”
 Akhirnya masalah tak selesai-selesai juga

P/S : Tarikh 10 September 2010 bukan sahaja menjadi tarikh pilihan bagi kalangan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan, tetqpi sekali negara terpaksa merekod satu lagi kemalangan maut yang cukup tragis pada tarikh tersebut. Al-Fatihah dan salam takziah kepada keluarga mangsa………..


Kereta Honda Accord (metal gey turut terlibat dalam kemalangan tragis ini


By MAS AMIRA BT MOHD HAMIL,ZATUN NAJAHAH BT SALLEH,NORLILA BT IBRAHIM,NUR ATIELIA BT AZHAR.

No comments:

Post a Comment