2/28/2011

MAKSUD HIRARC


DI SEDIAKAN OLEH:
NURAIN BT MOHD IZAHAR , NURUL SYAZWANI BT JAMALUDIN,
NUR AISYA BT MOHD SETAR , NURSHAZWANI BT SOHAIMI ,
SYAMIMI BT ABD YAZAN , FARAH WAHIDA BT SEDIK


HIRARC

Pengenalpastian Hazard, Penafsiran Risiko dan Kawalan risiko atau lebih dikenali sebagai HIRARC merupakan kaedah bagi membolehkan sesuatu organisasi menguruskan hazard yang wujud ditempat kerja mereka dengan lebih berkesan. Selain itu juga ianya merupakan salah satu dari tanggungjawab undang-undang yang termaktub dalam akta keselamatan & kesihatan pekerjaan 1994 dan Akta Kilang & Jentera 1967.Tujuan utama HIRARC dilakukan bagi memastikan bahawa kawalan yang sedia ada memadai atau tidak. Dengan HIRARC kita dapat mengenalpasti semua faktor yang boleh mendatangkan bahaya kepada pekerja dan orang lain (hazard) dan menimbangkan peluang untuk berlakunya sesuatu kejadian dalam sesuatu keadaan dan kesan akibatnya (risiko). Dengan ini, membolehkan pihak majikan merancang, memperkenalkan dan memantau langkah-langkah pencegahan untuk memastikan risiko dapat dikawal pada setiap masa.
BILA HIRARC PERLU DILAKUKAN

HIRARC perlu dilakukan bagi situasi seperti :
a. Dimana wujudnya hazard yang boleh membahayakan
b. Keadaan tidak pasti samada kawalan sedia ada memadai atau tidak
c. Sebelum melaksanakan langkah pembetulan atau pencegahan bagi sesuatu aktiviti

Selain itu juga HIRARC dilakukan bagi organisasi yang melakukan penambahbaikan pengurusan keselamatan secara berterusan. Ianya sepertimana yang dilakukan oleh UniMAP dalam melaksanakan MS 1722: 2005 & OHSAS 18001:2007

TAHUKAH ANDA?

a. Hazard - Punca atau keadaan yang boleh mendatangkan kemudaratan dalam bentuk:
i. Kecederaan
ii. Penyakit
iii. Kerosakan harta benda
iv. Kemusnahan alam sekitar
v. Atau kombinasi di atas.
b. Risiko - Kombinasi kemungkinan berlakunya kejadian berbahaya/
kemalangan dan kesan akibatnya.
c. Penilaian Risiko - Keseluruhan proses menganggarkan tahap
risiko dan memutuskan samada ianya boleh diterima atau tidak.
Mengawal Risko - Langkah yang diambil untuk menghapus atau
mengurangkan risiko.
PERANCANGAN HIRARC

Perancangan aktiviti HIRARC perlu diadakan secara berterusan dan meliputi :
a. Aktiviti rutin dan tidak rutin
b. Aktiviti setiap personal termasuk bukan kakitangan (kontraktor,pelawat)
c. Kemudahan setiap tempat kerja (makmal, workshop, dewan kuliah, dll.)
Hasil analisa risiko perlu didokumenkan dan digunakan untuk kawalan risiko dalam pengurusan KKP ditempat kerja serta rujukan dan semakan masa hadapan.

PRINSIP ASAS PERANCANGAN HIRARC

Pengurusan risiko perlu diintegrasi di dalam aktiviti perancangan pada semua peringkat urusan . Pihak pembangun HIRARC perlu menerima dan ambil perhatian terhadap semua risiko . Selepas itu buat keputusan risiko yang sesuai (berdasar kepada tahap risiko). Pihak PTj perlu mengurus risiko yang wujud dengan kaedah yang sesuai dengan norma kerja dan kemampuanya
ELEMENT HIRARC

Ø      Mengenal pasti masalah
Ø      Menilai risiko
Ø      Mengawal risiko

LANGKAH-LANGKAH KAWALAN
Ø      Kelaskan aktiviti/kerja
Ø      Lakukan pengenal pastian hazard
Ø      Dapatkan tahap  risiko
Ø      Kawal risiko yang paling tinggi
Ø      Kaji semula keberkesanan kawalan


KATOGERI HAZARD

Hazard boleh dikatogerikan kepada 8 elemen yang utama:
Ø      Kimia
Ø      Fizikal
Ø      Biologi
Ø      Ergonomic
Ø      Psikososial
Ø      Mekanikal
Ø      Elektrik
Ø      Mesin


PUNCA HAZARD

Ø      Manusia – perbuatan berbahaya
Ø      Jentera- pemasangan, susun atur dan reka bentuk peralatan
Ø      Bahan- bahan-bahan seperti kimia dan larutan yang digunakan
Ø      Kaedah- cara pekerja melaksanakan kerja
Ø      Susunan- kaedah persekitaran kerja seperti kualiti, udara, percahayaan, bunyi dan getaran.

PEMILIHAN LANGKAH KAWALAN

1. Langkah kawalan yang diambil perlu berlandaskan undang-undang dan peraturan dalam melaksanakan prosedur atau proses kerja.
2. Setiap Tindakan perubahan yang diambil dapat diterima dengan baik kepada pengurusan dan mudah dalam melaksanakannya.
3. Langkah kawalan yang dipilih juga perlu berteraskan informasi terkini mengenai KKP dimana setiap tindakan perlu mengandungi informasi dan laporan seperti JKKP dan jabatan lain yang berkaitan.

Kesimpulan

1. Kaedah dalam mengawal sebarang risiko ditempat kerja adalah dengan menggunakan HIRARAC.
2. Dengan kaedah HIRARC kita dapat merancang dan memastikan tempat kerja kita dalam keadaan yang kondusif.
3. Pengenalpastian hazard, penilaian risiko, kawalan dan semakan semula bukanlah suatu tugas yang dibuat sekali sahaja dan dilupakan tetapi ianya suatu aktiviti yang berterusan.
4. HIRARC hendaklah didokumentasikan walaupun seringkas mana sekalipun.
5. HIRARC hendaklah jalankan dengan penilaian teliti ke atas kebarangkalian dan juga kesan akibat manakala langkah kawalan yang dicadangkan hendaklah menepati hirarki kawalan.

7 comments:

  1. Good job....However need to clarify in details. Some people dont understand the process of HIRADC. Please bear in your mind no more HIRARC been used.

    ReplyDelete
  2. kire ok nih..untuk permulaan kan..untuk HIRADC memang wajib dan perlu untuk semua sektor menyediakannya, dan jika sudah termaktub maka harus diguna pakai..pihak jabatan (JKKP) hnya memberikan garis panduan sahaja iaitu berdasarkan HIRARC..

    ReplyDelete
  3. tq penerangan. sngt padat dan mudah difahami.

    ReplyDelete