4/04/2011

KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

FATIN SYAZWANI BINTI RAMLEE (F1115)
NUR AZREENA ZAHIRA BINTI KAMARUZAMAN (F1128)
NUR SYUHADA BINTI YAACOB (F1123)
NURUL SYIFA' BINTI ADNAN (F1121)
SITI NOR SYAKIRAH BINTI MOHD SAID (F1110)

Punca Kemalangan

Tapak pembinaan boleh menjadi amat berbahaya apabila subkontraktor gagal mengamalkan
langkah-langkah keselamatan. Dalam kilang bahan kimia, kilang besi, kilang penapis,
pemasangan paip, pembinaan bangunan tinggi dan lain-lain tapak pembinaan, kemalangan
boleh mengakibatkan kecederaan yang kritikal dan kemalangan yang meyayatkan hati.
Kemalangan scaffolding serta punca lain yang boleh  mengakibatkan kemalangan dan
kematian biasanya disebabkan oleh kecuaian dalam menggunakan peralatan dan
penyelenggaraan. Sebanyak 10,000 kemalangan selalu  dilaporkan adalah berkaitan dengan
scaffolding. Kebanyakan kecederaan yang disebabkan  oleh scaffolding adalah berpunca
daripada kegagalan untuk menampung atau pekerja tergelincir atau terhantuk dengan
peralatan yang jatuh dari atas.
Kimpalan, memotong dan membuat sokongan adalah aktiviti yang mempunyai
gabungan hazard kepada keselamatan dan kesihatan dan lebih 500,000 pekerja dalam banyak
industri terdedah kepada risiko sebegini. Peraturan mewajibkan penggunaan alatan
perlindungan individu untuk menggurangkan pekerja terdedah kepada hazard semasa
membuat kerja kimpalan. Majikan diminta menyenaraikan hazard-hazard yang terdapat di
tempat kerja dan mengkaji bahawa perlulkah pekerja menggunakan alatan perlindungan diri
untuk melindungi pekerja mereka. Antara hazard yang berkaitan dengan kerja kimpalan ialah
sinaran UV(ultraviolet radiation) yang dihasilkan dengan menggunakan  electric arc  dalam
proses kimpalan. Kulit yang terdedah dengan sinaran UV akan terbakar dengan teruk dalam
kebanyakan kes tanpa sebarang amaran awal. UV juga  boleh merosakkan kanta mata dan
menjadikan kulit menjadi sensitif kepada beberapa penggunaan bahan kimia (Robert et. al
1985).
Sinaran IR(infrated radiation) yang dihasilkan dengan penggunaan  electric arc  dan
nyala mesin pemotong boleh melecurkan permukaan kulit dan tisu di bahagian bawah dengan
serta-merta. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan  kebakaran termal dalam sesetengah
situasi. Pekerja dalam sektor pembinaan terdedah kepada berbagai jenis bahaya dan berdepan
dengan risiko yang tinggi yang berkait dengan kecederaan dan kematian adalah tinggi
berbanding dengan sektor lain di Malaysia. Statistik menunjukkan seramai 9605 orang mati
untuk 10 tahun yang yang lepas dalam kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan.
            Pada tahun 1992, sebanyak 919 kematian direkodkan tetapi pada tahun 2005,
bilangan ini meningkatkan kepada 1150 kematian. Hampir setengah daripada kemalangan ini
melibatkan kaum lelaki yang berusia di antara 20 hingga 24 tahun. Pada yang tahun yang
sama, lebih daripada setengah kematian dalam sektor pembinaan (544) berlaku di antara
lingkungan usia ini. Syarikat kecil tidak menyediakan program keselamatan yang formal
seperti syarikat besar kerana program seperti ini memerlukan kebenaran OSHA. Syarikat
kecil juga tidak dapat untuk menyediakan pekerja mereka dengan peralatan yang selamat
seperti harnesses, tie-offs dan lanyards (Robert et. al 1985).  Setiap tahun, kejadian tergelincir merekodkan bahagian yang besar dalam jumlah
mangsa di tapak pembinaan. Kemalangan jenis ini lazimnya melibatkan punca yang pelbagai
iaitu tempat kerja yang tidak stabil, penggunaan alatan perlindungan yang tidak betul dan
kecuiaan manusia. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan jaring keselamatan(safety nets),
sistem kawalan kegelinciran(fall arrest system), penutup(covers) dan sistem kawalan
pengangkutan(travel restriction system) boleh mencegah daripada kecederaan akibat terjatuh
dan kematian.





Antara faktor tergelincir dan kecederaan di tapak pembinaan di Malaysia ialah:

• lubang yang tidak ditutup di atas lantai atau tanah
• kecuaian dalam penggunaan tangga
• pembinaan scaffolding yang tidak sempurna
• kekurangan latihan penggunaan jentera berat
• kemalangan jentera pembinaan
• keadaan di mana membenarkan objek jatuh dan menghempap pekerja
• kegagalan menggunakan jaring(nets) atau kanopi untuk menangkap objek yang jatuh
• kekurangan penyeliaan keselamatan
• pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh  Occupational Safety and Health
Administration(OSHA)
• kecuaian pekerja tapak yang lain
• kelakuan pekerja tapak yang tidak memuaskan
• kerosakan peralatan di tapak bina
• kecuaian dan kesilapan pekerja lain mengambil dadah atau meminum arak




            Dalam kebanyakkan kes, kemalangan di tapak disebabkan oleh mangsa kecederaan bagaimanapun, dalam banyak kes kemalangan tapak bukan merupakan kesalahan mangsa yang tercedera. Keadaan ini membolehkan mangsa menuntut ganti rugi untuk kegunaan rawatan, kerugian pendapatan, kesakitan, penderitaan dan kecederaan untuk jangka masa yang panjang yang disebabkan oleh kemalangan.

Antara keadaan yang berbahaya di tapak bina:

• kerosakkan scaffolding atau pembinaan scaffolding yang tidak betul
• kerosakkan forklifts atau operator forklift yang tidak bertanggungjawab
• kejatuhan beban akibat daripada pemindahan beban yang tidak sempurna atau
kecuiaan
• tersadung atau jatuh akibat peralatan berada merata-rata di tapak
• kejatuhan struktur
• kecederaan yang disebabkan oleh penggunaan jentera( rod kimpalan, perkakas
elektrik) yang tidak betul atau kecuiaan 

 Pihak yang bertanggungjawab di atas kemalangan bergantung kepada kemalangan itu sendiri. Pihak tersebut mungkin merupakan majikan,  pekerja lain di tapak, kontraktor atau pengilang bergantung kepada punca kemalangan.   

No comments:

Post a Comment