KUALA LUMPUR: Akibat mengabaikan keselamatan, kesihatan serta enggan melaporkan kes kemalangan di tempat kerja, sebanyak 179 syarikat berputih mata apabila dihadapkan ke mahkamah tahun lalu oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH).
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, pihaknya memandang serius perbuatan majikan yang sengaja menyembunyikan dan tidak melaporkan kemalangan pekerja mereka kerana ia menyalahi garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH).
“Justeru, DOSH menghantar pegawainya membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan majikan mematuhi peraturan dan akta keselamatan sedia ada.
“Kita hendak menghalang kemalangan berlaku di tempat kerja sebab itu majikan perlu melaporkan sebarang kes supaya langkah pembaikan dapat diambil,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar bagi pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pengarah DOSH, Datuk Ir Johari Basri dan Ketua Pegawai Operasi TNB, Datuk Azman Mohd.
Maznah berkata, berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), 57,656 kemalangan membabitkan kematian, hilang upaya sementara dan kekal dilaporkan tahun lalu berbanding 55,186 kes pada 2009 dengan pembayaran pampasan melebihi RM1.5 bilion.
HM
pasal tu lah 3 bulan sekali dapatlah buat meeting OSHA kat office. tu yang paling paling maleh
ReplyDelete