3/26/2011

PERTOLONGAN CEMAS/FIRST AID


DISEDIAKAN OLEH: NURAIN BT MOHD IZAHAR,  NURSHAZWANI BT SOHAIMI, NURUL SYAZWANI  BT JAMALUDIN, NUR AISYA BT MOHD SETAR, FARAH  WAHIDA  BT SEDIK,  SYAMIMI BT ABDUL YAZAN 


PERTOLONGAN CEMAS/FIRST AID

Pengertian Pertolongan Cemas
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.

Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
Ø    Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
Ø    Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk
Ø  Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

Pengendalian Mangsa Kemalangan
Ø    Memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa menghadapi keadaan.
Ø    Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan tenang.
Ø    Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengan segera.
Ø    Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu
Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik
Ø    Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.
Ø    Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya.
Ø    Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
Ø    Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
Ø    Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan rawatan mangsa.
Ø    Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa.

Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas
Ø    Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
Ø    Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman.
Ø    Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
Ø     Elak mangsa dari mengalami renjatan.
Ø    Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.

Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
a) Membuat penilaian keadaan
ü    Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
ü    Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan bantuan.
ü    Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
b) Membuat diagnosa
ü  mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa.
c) Memberi rawatan sementara
ü  menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk.
d) Membuat dan memberi laporan
ü  mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang telah dilakukan ke atas mangsa.

Peringatan !!!
Ø  Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk.
Ø  Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidak sedarkan diri. Lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat.
Ø  Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera.
Ø  Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan kecederaan patah.
Ø   Beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan.

Resusitasi Kardio Pulmonari (CPR)
Resusitasi Kardio Pulmonari adalah kaedah pemulihan gabungan permulihan pernafasan dengan permulihan pergerakan jantung yang terhenti. Di dalam kaedah ini permulihan pernafasan yang dilakukan adalah secara mulut ke mulut, mulut ke hidung atau mulut ke lubang pernafasan di tengkuk. Manakala permulihan pergerakan jantung adalah secara mengenakan tekanan (kompresi) di bahagian tertentu dada.
Resusitasi Kardio Pulmonary perlu dilakukan dengan segera dan tepat apabila terjadinya kejadian pernafasan dan pergerakan jantung terhenti kepada mangsa.
Ini disebabkan faktor-faktor berikut:
Ø    Bantuan diberi antara 0 hingga 5 minit selepas kejadian, peluang memulihkan mangsa adalah pada kadar 12%.
Ø    Bantuan selepas 5 hingga 10 minit kejadian, peluang mangsa pulih adalah pada kadar 2% sahaja.
Ø    Selepas 10 minit kejadian, tiada sebarang peluang memulihkan mangsa

Terdapat peringkat-peringkat tertentu yang perlu diikuti dalam resusitasi Kardio Pulmonary. Antaranya ialah:
a. Saluran pernafasan (airway)
b. Pernafasan (breathing)
c. Edaran darah (circulation)

a)Saluran pernafasan.
Ø    Pastikan mangsa betul-betul dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan teknik menggoncangkan kedua-dua bahu mangsa sambil memanggil beliau.
Ø    Setelah pasti mangsa pengsan, donggakkan kepala mangsa dan bahagian dagu mangsa (head tilt and chin lift). Bagi menetukan saluran pernafasan mangsa terbuka. Ini penting kerana semasa mangsa pengsan, otot-otot lidah dan epiglotis menjadi lemah dan menyempitkan saluran pernafasan mangsa.
b) Pernafasan
Ø    Pastikan mangsa bernafas atau tidak dengan teknik lihat, dengar dan rasa secara mendekatkan telinga dan pipi penolong ke bahagian hidung mangsa sambil mata memerhatikan pergerakan dada mangsa.
Ø    Beri bantuan pernafasan secara kaedah teknik mulut ke mulut, mulut ke hidung atau mulu ke lubang di tengkuk mengikut keadaan mangsa.

c) Edaran darah
Ø    Periksa pergerakan nadi dengan cara merasa nadi di leher (nadi karotik) atau lengan (nadi brachial) bagi bayi.
Ø    Lakukan tekanan di bahagian luar dada (chest comression) setelah dipastikan pergerakan nadi terhenti.
PETI PERTOLONGAN CEMAS/FIRST AID                                         KIT                
Definisi
satu peti/kotak yang mengandungi peralatan pertolongan cemas dan bekalan perubatan.

Kepentingan Peti pertolongan Cemas
1.Menyimpan item/ubatan untuk melakukan pertolongan cemas bagi:
ü  menyelamatkan nyawa
ü  Menghenti dan menghalang kecederaan menjadi lebih teruk
ü  menggalakkan penyembuhan
2.Memenuhi keperluan Perundangan
ü  Factories and Machinery Act 1967
§       section 25(parent Act)
§       regulation 38 (health,safety and welfare)
ü  OSH act 1994
§    section 15(parent Act)




Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan

Ø plaster - berbagai saiz dan bentuk
Ø dreassing sterill - berbagai siaz
Ø kapas
Ø kasa sterill serta swab kasa
Ø dressing khas untuk kes terbakar
Ø bandage 3 segi
Ø bandage crepe penggulung
Ø pita lekat
Ø pad mata
Ø  thermometer
Ø gunting hujung tumpul
Ø penyepit
Ø pin penyelamat
Ø kertas tisu
Ø losyen antiseptik
Ø beberapa jenis ubat seperti panadol, pil-pil rawatan

No comments:

Post a Comment