3/23/2011

SITI KHAIRIAH ABD MANAS(F1099),NOOR SHAZRINA SHAHFARI(F1095),AZIZAH NADIYA ABU HARI(F1094),NURUL AIN ABD RAHMAN(F1097),NURWANI AZIZAN(F1093).

Kemalangan di tempat kerja ragut lebih 5,000 nyawa

29/07/2010 6:15pm

MELAKA 29 Julai – Seramai 5,116 pekerja meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja dalam tempoh antara 2006 dan tahun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Datuk Ir. Dr. Johari Basri.

Beliau berkata, pada tahun 2006, jumlahnya ialah 1,303, manakala pada tahun 2007 (1,337 orang), 2008 (1,176 orang) dan 2009 (1,300 orang), dengan paling banyak menyebabkan kematian membabitkan pekerja sektor pembinaan.

Bagaimanapun menurutnya, jumlah kes kemalangan di tempat kerja menunjukkan penurunan ketara lebih 40 peratus berbanding kira-kira 15 tahun lalu, iaitu daripada 120,000 kes pada 1995 kepada 61,161 kes tahun lepas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Seminar keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi Pihak Berkuasa Tempatan 2010 Peringkat Melaka dan Negeri Sembilan di Ayer Keroh di sini, hari ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment