12/29/2010

BY MAS AMIRA BT MOHD HAMIL,ZATUN NAJAHAH BT SALLEH,NORLILA BT IBRAHIM,FATIN SYAZWANI BT RAMLEE..

KECELAKAAN DI TAPAK BINA

Dua maut perancah tapak binaan The Pavillion runtuh

Petikan dari Utusan online
Oleh S. ANAND KUMAR dan KHAIRUL AZRAN HUSSIN

KEADAAN di tapak pembinaan The Pavillion, yang mana perancah di bangunan itu runtuh dan mengakibatkan dua pekerja binaan terbunuh di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Dua buruh binaan maut manakala 10 lagi cedera apabila perancah yang mereka naiki terjatuh dari ketinggian kira- kira 15 meter di tapak pembinaan kompleks The Pavillion Kuala Lumpur, di Jalan Bukit Bintang di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, dua pekerja binaan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah dipercayai dihempap batu granit.

Mangsa yang terbunuh ialah rakyat tempatan dikenali sebagai Liew Wan Chew, 50, dan warga Myanmar dikenalpasti sebagai Hram UK, 25.

Semua mangsa yang cedera berketurunan Punjabi dan berasal dari India. Mereka kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Penolong Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Pembinaan Putra Perdana Sdn. Bhd. (PPCSB), syarikat kontraktor utama projek itu, Mejar (B), Abu Bakar Abdul Rahman berkata, pihaknya mendengar bunyi gegaran yang kuat di kawasan pembinaan berdekatan Zon A berdekatan pintu lima The Pavillion ketika kejadian.

‘‘Apabila kami pergi melihat ke tempat kejadian, didapati perancah yang digunakan oleh pekerja memasang batu granit di tingkat tiga bangunan telah roboh dan menghempap perancah di bawahnya iaitu di tingkat dua.

Cedera

‘‘Pada waktu itu kira-kira tujuh orang pekerja berada di atas perancah manakala lima orang lagi sedang bekerja di bawahnya.

‘‘Kami mendapati beberapa pekerja yang cedera terbaring kemungkinan akibat jatuh bersama perancah yang roboh,’’ katanya kepada pemberita ketika membentangkan laporan kemalangan di sini, hari ini.

Difahamkan, berat satu batu granit ialah 50 kilogram (kg) dan semasa kejadian terdapat 10 batu granit bersama tujuh pekerja tersebut.

Menurut Abu Bakar, pihaknya membuat pertolongan cemas dengan mengeluarkan mereka yang cedera.

Tambahnya, pegawai keselamatan dan beberapa orang pegawai PPCSB telah membuat panggilan ke HKL untuk meminta bantuan kecemasan.

‘‘Beberapa ambulans tiba kira-kira 10 minit kemudian. Kami juga telah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Balai Bomba dan Pejabat, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) berhubung perkara itu.’’ katanya.

Menurut beliau, semua pekerja yang terlibat adalah dari syarikat Usaha Tiga Sdn. Bhd., iaitu subkontraktor kepada PPCSB.

Pekerja-pekerja itu sedang menjalankan kerja-kerja memasang batu granit pada dinding kompleks di atas perancah.

‘‘Pihak kami mempunyai pasukan keselamatan dan kesihatan yang mencukupi dan berpengalaman untuk membuat pemantauan keselamatan.

‘‘Namun apa yang berlaku hari ini adalah tidak dapat dielakan dan amat dikesali,’’ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abd. Rahman berkata, perancah yang membawa kesemua buruh binaan bersama muatan batu granit itu dipercayai melebihi muatan sebelum ia terjatuh menghempap bahagian bawahnya.

‘‘Ekoran kejadian ini kerja pembinaan akan dihentikan buat sementara waktu bagi siasatan lanjut dijalankan,’’ ujarnya ketika ditemui ditempat kejadian.

Menurut beliau, mayat dibawa ke HKL untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing.

Antara faktor tergelincir dan kecederaan di tapak pembinaan di Malaysia ialah:
•lubang yang tidak ditutup di atas lantai atau tanah
•kecuaian dalam penggunaan tangga
•pembinaan scaffolding yang tidak sempurna
•kekurangan latihan penggunaan jentera berat
•kemalangan jentera pembinaan
•keadaan di mana membenarkan objek jatuh dan menghempap pekerja
•kegagalan menggunakan jaring(nets) atau kanopi untuk menangkap objek yang jatuh
•kekurangan penyeliaan keselamatan
•pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh Occupational Safety and Health
Administration(OSHA)
•kecuaian pekerja tapak yang lain
•kelakuan pekerja tapak yang tidak memuaskan
•kerosakan peralatan di tapak bina
•kecuaian dan kesilapan pekerja lain mengambil dadah atau meminum arak
Dalam kebanyakkan kes, kemalangan di tapak disebabkan oleh mangsa kecederaan
bagaimanapun, dalam banyak kes kemalangan tapak bukan merupakan kesalahan mangsa
yang tercedera. Keadaan ini membolehkan mangsa menuntut ganti rugi untuk kegunaan
rawatan, kerugian pendapatan, kesakitan, penderitaan dan kecederaan untuk jangka masa yang
panjang yang disebabkan oleh kemalangan.

Antara keadaan yang berbahaya di tapak bina:
•kerosakkan scaffolding atau pembinaan scaffolding yang tidak betul
•kerosakkan forklifts atau operator forklift yang tidak bertanggungjawab
•kejatuhan beban akibat daripada pemindahan beban yang tidak sempurna atau
kecuiaan
•tersadung atau jatuh akibat peralatan berada merata-rata di tapak
•kejatuhan struktur
•kecederaan yang disebabkan oleh penggunaan jentera( rod kimpalan, perkakas
elektrik) yang tidak betul atau kecuiaan
Pihak yang bertanggungjawab di atas kemalangan bergantung kepada kemalangan itu
sendiri. Pihak tersebut mungkin merupakan majikan, pekerja lain di tapak, kontraktor atau
pengilang bergantung kepada punca kemalangan.
LANGKAH-LANGKAH DAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIPERLUKAN
3.1.1 Di bawah Statut
Jika kita jengok kepada Akta Kilang dan Jentera 1967 (AKJ 1967), terutama Bahagian II Akta, ia menekankan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti keselamatan pekerja yang perlu diambil oleh semua pihak di dalam industri (terutama oleh majikan). Ini temasuklah:
(a) menentukan kekukuhan binaan, lantai, atas, laluan, tangga, tempat bekerja yang selamat untuk pekerja;
(b) borang dan bahan yang disimpan selamat kepada pekerja;
(c) kaedah kerja (seperti cara mengangkat beban) yang tidak menyebabkan/memungkinkan mencederakan pekerja;
(d) keselamatan daripada kebakaran; dan
(e) mesin, jentera dan alatan kerja yang dipasang, dibaiki dan diselenggara perlulah mengambilkira keselamatan pekerja (yang menggunakannya atau mungkin menerima kesan daripadanya).
Secara lebih terperinci lagi, berkaitan penggunaan atau pemakaian alatan kerja, Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) 1970 menyenaraikan peralatan-peralatan berkaitan yang termasuklah:
(a) alat pelindung muka (goggles) yang sesuai bagi kerja-kerja yang memerlukan ia dipakai (seperti kerja pemeterian);
(b) penutup telinga
(c) pakaran keselamatan – seperti baju, seluar, topi dan sarung tangan.
Alat-alat ini perlu disedia majikan (bagi kerja-kerja di mana alatan itu perlu disedia) dan ia mesti dipakai oleh pekerja berkenaan.

1 comment: