12/22/2010

Keselamatan Dan Kesihatan Dalam Pekerjaan (OSHA)

____________________________________________________________

Please not that this is done by

NOOR SHAZRINA BT SHAHFARI,SITI KHAIRIAH ABD MANAS,AZIZAH NADIYA BT ABU HARI,NURUL AIN BT ABD RAHMAN,NURWANI BT AZIZAN.

I’m just helping them to post this on the blog using my account because there is something wrong with their own account which I also don’t know what.

____________________________________________________________

APA ITU OSHA???

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah suatu keadaan dimana seseorang pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas aktiviti-aktivitinya.

 

SEJARAH OSHA???

KOD HAMURABI (PEMBALASAN)

· Dijejak di Babylon seawal tahun 2500 sebelum masihi.

· Di negeri tersebut seorang raja memerintah berpandukan kod undang-undang.

· Menekankan hukuman bagi kesalahan .

· Menetapkan pencegahan kemalangan dilakukan melalui pembalasan melalui data.

UNITED KINGDOM

· Sejak kurun ke-19 revolusi industri bermula

· Sentiasa bekerja dengan mesin berbanding penggunaan tangan dan binatang.

 

PERANAN OSHA

Sejak 120 tahun yang pada akhir abad ke -19.

1. Dandang sebelum 1914

2. Keselamatan jentera 1914-1962

3. Industri 1953-1967

4. Semua industri 1970-1994

5. Semua bidang pekerjaan selepas 1994

 

TERMA-TERMA POPULAR DALAM OSHA???

Prinsip

Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:

  • Pemcegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baik
  • Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan
  • Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerja
  • Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja
  • Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan
  • Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan

 

ORGANISASI-ORGANISASI OSHA DALAM MALAYSIA???

Ø JKKP-http://www.dosh.gov.my/mengenai/

Ø CIDB-http://www.cidb.gov.my/

Ø PERKESO-http://www.perkeso.gov.my/melayu

Ø NIOSH-http://www.niosh.com.my/

a) JABATAN KESELAMATAN DAN KASIHATAN PEKERJAAN (JKKP)

Aktivitinya:

· Pengilangan

· Perlombongan dan pengkuarian

· Pembinaan

· Hotel dan restoran

· Pertanian,perhutanan,perikanan

Objektif:

Ø Untuk menggubal dan mengkaji dari semasa ke semasa melalui proses tripatisme dasar ,undang-undang ,tata amalan dan garis panduan.

Ø Untuk membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakkan,latihan, penyebaran maklumat dan penyelidikan.

b) PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

Ø Memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap beberapa luar jangka seperti bencana,kemalangan semasa perjalanan dan kematian

c) LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN (CIDB)

Ø Menubuhkan satu badan bagi menyelia dan mengawal isu dan kesan yang berlaku dalam industri pembinaaan .

Ø Contohya:

· Kekurangan tenaga pekerja dan buruh

· Pemasaalahan sumber dan pembekalan bahan

· Produktiviti yang rendah

· Peningkatan kadar kemalangan ditapak baru

· Kelemahan pengurusan dan pelaksanaan projek

· Kekurangan muklumat penting dan data dalam pembinaan atau projek

d) INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA (NIOSH)

Ø Memberi khidmat dalam latihan,sumber maklumat,dan pusat penyelidikan.

Ø Membantu pelaksanaan dan meyelesaikan permasaalahan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Ø Aktivitinya :

· Keselamatan ditapak pembinaan

· Keselamatan dalam penggunaan bahan

· Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

 

KEPENTINGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

1. TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan,kesihatan dan kebajikan para pekerja semasa bekerja:

· Pengadaan dan penyelenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat praktik,
selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.

· Pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan
risiko.

· Pengadaan, maklumat, arahan , latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu
untuk memastikan setakat yang praktik , keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang
sedang bekerja.

2. Tanggungjawab Pekerja
Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja :

· Untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja.

· Untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain itu melalui Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

· Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatnnya.

 

TERMINOLOGI KESELAMATAN DAN KASIHATAN PEKERJAAN

Penggunaan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah tertakluk kepada terma dan definisi seperti berikut:

• CIAST : Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan

• VTRD : Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Latihan Vokasional

• NITP : Jabatan Program Latihan Pengajar Kebangsaan

• JPPP : Jabatan Pembangunan Pengajar dan Penyelia

• JPK : Jabatan Pembangunan Kemahiran

• UPL : Unit Pengurusan Latihan

• KJ : Ketua Jabatan

• KB : Ketua Bahagian

• KU : Ketua Unit

• EEC : Bahagian Elektrikal dan Elektronik

• DKKP : Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

• PKKP : Prosedur Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

• AKKP : Arahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

• BKKP : Borang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

• JKK : Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

• PKK : Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

• JKKP : Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

13 comments: