12/27/2010

kajian kes kemalangan



prepared by:: NURAIN,NURSHAZWANI,FARAH WAHIDA,NURUL SYAZWANI,NUR AISYA AND SYAMIMI


3 Tangki Minyak Meletup Akibat Terkena Panahan Petir


JOHOR BAHRU 28 April - Dua tangki minyak dan sebuah tangki gas asli milik Petronas Dagangan Berhad meletup, dipercayai akibat panahan petir ketika hujan lebat menyebabkan kebakaran besar di depot minyak anak syarikat Petronas itu di kawasan perindustrian Pasir Gudang.

     Kebakaran yang bermula pada pukul 6 petang dalam hujan lebat, menyebabkan kawasan kejadian dilitupi asap tebal dengan api menjulang setinggi 30 meter. Ia dapat dilihat sejauh beberapa kilometer. Pada pukul 11 malam, api masih marak di salah sebuah tangki.

     Tiada kematian yang dilaporkan dalam kejadian ini. Bagaimanapun seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Hishamudin Zainal Abidi, 21, cedera ketika menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran. Beliau yang patah kaki dikejarkan ke Hospital Penawar, Pasir Gudang.

     Sementara itu, Petronas Dagangan menyatakan kebakaran itu berlaku apabila sebuah tangki di depot bekalan minyaknya dipanah petir dan ia kemudiaannya merebak ke beberapa tangki berhampiran.

     Kebakaran itu menyebabkan seluruh kawasan perindustrian Pasir Gudang mengeluarkan bau kimia, orang ramai yang berada di kawasan sekitar diarah meninggalkan kawasan itu dengan segera.

     Lapan jentera bomba bersama lebih 80 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Johor Jaya, Pasir Gudang dan Johor Bahru termasuk Pasukan Menangani Bahan Kimia (Hazmat) dan sebuah skylift dikejarkan ke tempat kejadian. Turut sama membantu memedamkan kebakaran itu ialah 2 pasukan bomba sukarela Syarikat Titans Chemicals Corporation Bhd dan Syarikat Idemitsu SM (M) Sdn. Bhd.

     Pegawai Bomba II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Ismail Abdullah berkata, dua tangki yang terbakar itu dipercayai memuatkan kira-kira 70,000 hingga 80,000 liter minyak. Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran itu daripada merebak ke kawasan berdekatan.

     Sebelum api merebak di tempat kejadian, siren amaran kecemasan kedengaran berbunyi secara  berterusan bagi memaklumkan kepada para pekerja kilang di situ dan sekitarnya supaya menjauhi kawasan kejadian kerana dikhuatiri berlaku letupan. Beberapa letupan kecil masih berlaku walaupun setelah kebakaran berjaya dikawal oleh pihak bomba.

     Selain itu, para pekerja dari kilang berdekatan turut diarah meninggalkan tempat kerja masing-masing sebagai langkah keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.Difahamkan, terdapat berbelas-belas tangki minyak yang setiap satu dapat mengisi 1 juta liter dan bahan kimia lain berada di sekitar lokasi kebakaran.

     Bersebelahan tempat kejadian, terdapat satu kawasan industri yang menempatkan kilang memproses bahan-bahan kimia yang turut dipantau oleh pasukan bomba.
     Kebakaran tersebut juga telah menyebabkan Lebuh raya Pasir Gudang sesak teruk.


Sistem Pelindung Petir

     Berdasarkan kejadian panahan petir yang berlaku di logi minyak Petronas sehingga menyebabkan kebakaran. Kemungkinan sistem perlindungan petir di bangunan tersebut tidak mengikut piawaian global. Kira-kira 80 peratus sistem perlindungan kilat yang dipasang pada bangunan termasuk bangunan perindustrian seluruh negara tidak menepati kehendak dan piawaian kebangsaan serta antarabangsa. Lebih teruk lagi, bukan sahaja kebanyakan bangunan perindustrian tidak dilengkapi sistem perlindungan petir, malah 90 peratus bangunan di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya juga didapati tidak dilengkapi sistem perlindungan kilat yang menepati piawaian termasuk bangunan hospital dan masjidnya. Yang amat membimbangkan, kebanyakan daripada 147 hospital awam di seluruh negara pula didapati tidak mempunyai sistem perlindungan kilat yang menepati piawaian. Keadaan ini selain boleh menyebabkan kerosakan pada sistem elektronik dan bangunan, ia juga memberi kesan besar kepada pesakit yang menerima rawatan.

     Ini bermakna, kebanyakan bangunan di negara kita terdedah kepada bahaya kerosakan peralatan elektronik, kebakaran bangunan dan boleh mendatangkan kecederaan atau kematian kepada pengguna yang berada berhampiran peralatan yang menerima kesan panahan kilat.

     Panahan kilat adalah satu `ancaman besar’ jika tidak diuruskan dengan sempurna kerana ia menghasilkan arus elektrik pada tahap tinggi iaitu 30,000 hingga 300,000 ampere dengan tahap kepanasan kira-kira 40,000 darjah celsius. Jumlah itu terlalu tinggi berbanding kegunaan untuk satu fasa bangunan yang jumlah arus elektrik hanya 60 ampere.Di seluruh dunia sebanyak 25,000 individu di kesan menjadi mangsa panahan kilat dan memusnahkan harta benda hingga mencecah kerugian RM3.6 bilion setahun.

     Walaupun, tiada angka dan kajian berhubung kerosakan dan kerugian secara khusus di negara kita berpunca panahan kilat, angka secara keseluruhan menunjukkan masalah itu perlu diambil serius dalam memastikan keselamatan bangunan dan pengguna terjamin.

     Keadaan ini ditambah dengan wujudnya sikap ‘tidak perlu bimbang’ atau ‘tidak perlu kisah’ kepada perlunya sistem perlindungan kilat yang menepati piawaian sehingga berlaku kerosakan disebabkan panahan kilat terhadap sesebuah bangunan.

     Pengarah Pusat Kecemerlangan Perlindungan Kilat (CELP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir, berkata kadar panahan kilat yang tinggi dengan sebilangan besar bangunan tidak dilengkapi sistem panahan kilat yang menepati piawaian adalah satu igauan besar kepada negara. Bangunan termasuk peralatan elektronik terdedah kepada kerosakan dan boleh membawa kepada kecederaan atau kematian.

     Beliau berkata, kadar kegagalan atau kerosakan disebabkan perlindungan bukan konvensional terbukti tinggi bukan saja di negara ini malah berlaku di negara lain seperti Indonesia, Singapura dan Sri Lanka yang rata-ratanya menerima kadar panahan kilat yang tinggi.

     Gangguan bekalan elektrik dan kerosakan peralatan elektronik akibat pancaran kilat terutama kepada sektor perindustrian menyebabkan kerugian ekonomi kepada negara. Penggunaan alat perlindungan kilat yang tidak menepati piawaian, boleh menyebabkan berlakunya risiko litar pintas yang membawa kepada gangguan bekalan elektrik atau kebakaran.

     Kebanyakan sistem perlindungan panahan kilat sedia ada, menunjukkan ia dipasang berdasarkan permintaan pemilik bangunan atau pemilik kilang itu sendiri atau berdasarkan cadangan dibuat oleh pembekal yang tidak berasaskan kepada fakta seperti digariskan piawaian antarabangsa.

     Mengikut piawaian antarabangsa, hanya sistem konvensional atau ‘Franklin System’ yang memenuhi kriteria ditetapkan untuk pemasangan sistem perlindungan kilat iaitu terdiri daripada komponen Rod Franklin, konduktor penghubung antara Rod Franklin dan terminal pembumian dan rod pembumian.

     Alat perlindungan pusuan (Surge Protective Device) juga komponen penting bagi perlindungan dalaman seperti barang elektrik di dalam bangunan. Ini bertepatan dengan prosedur digariskan dalam piawaian oleh SIRIM (MS-IEC 62305) dan Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC).

     Sehingga kini sistem bukan konvensional menjadi isu besar di dalam konsep dan kaedah perlindungan kilat di serata dunia kerana kos pemasangannya mahal tetapi tidak mempunyai bukti teknikal dan saintifik untuk perlindungan kilat yang berkesan hingga ditentang keras oleh saintis di seluruh dunia.

     Dalam menyediakan sistem perlindungan kilat yang mengikut piawaian, kosnya bergantung kepada saiz bangunan, peralatan di dalam bangunan terbabit dan prosedur ini sudah dinyatakan dengan jelas di dalam piawaian yang dikeluarkan IEC.

Malaysia Hadapi Jumlah Petir Tertinggi

  Jumlah kilat yang berlaku di negara ini adalah antara tertinggi di dunia apabila Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) merekodkan, secara purata dalam tempoh setahun ia berlaku sebanyak 190 hari.

     Pengarah Kajian Pusat Kecemerlangan Perlindungan Kilat (CELP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir, berkata keadaan itu dua kali ganda lebih tinggi berbanding di Florida, Amerika Syarikat yang hanya merekodkan sebanyak 80 hari dalam setahun.

     Kawasan Subang, Selangor pula adalah kawasan yang mempunyai kadar penerimaan kilat tertinggi iaitu sebanyak 362 hari dalam setahun pada 1987. Keadaan ini, mengatasi daerah Bogor, Indonesia yang dicatat dalam Guiness Book of World Records, dengan 322 hari penerimaan kilat dalam setahun pada 1988.
 
Apa yang membimbangkan sebagai sebuah negara berstatus perindustrian, dengan jumlah penerimaan kilat sebanyak itu, ia meletakkan negara pada kedudukan teratas dalam jumlah panahan kilat yang dikenali sebagai ‘Mahkota Kilat’ (Crown of Lightning).

     Sistem perlindungan kilat yang mengikut piawaian amat penting bagi memastikan setiap bangunan selamat daripada panahan petir yang boleh mengakibatkan kerugian dan kehilangan nyawa.


LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KILAT SERTA RIBUT PETIR

LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN PERINDUSTRIAN
Ø   Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plag dari soket dinding jika perlu.
Ø  Jangan gunakan telefon pejabat /telefon bimbit.
Ø  Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar bangunan
Elakkan berada di bilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi.

2 comments: