12/26/2010

KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

Kemalangan di tempat kerja ragut lebih 5,000 nyawa
29/07/2010 6:15pm

MELAKA 29 Julai – Seramai 5,116 pekerja meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja dalam tempoh antara 2006 dan tahun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Datuk Ir. Dr. Johari Basri.
Beliau berkata, pada tahun 2006, jumlahnya ialah 1,303, manakala pada tahun 2007 (1,337 orang), 2008 (1,176 orang) dan 2009 (1,300 orang), dengan paling banyak menyebabkan kematian membabitkan pekerja sektor pembinaan.
Bagaimanapun menurutnya, jumlah kes kemalangan di tempat kerja menunjukkan penurunan ketara lebih 40 peratus berbanding kira-kira 15 tahun lalu, iaitu daripada 120,000 kes pada 1995 kepada 61,161 kes tahun lepas.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Seminar keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi Pihak Berkuasa Tempatan 2010 Peringkat Melaka dan Negeri Sembilan di Ayer Keroh di sini, hari ini. – Bernama
KEMALANGAN MAUT DI TEMPAT KERJA SEMAKIN MENURUN MELAKA 16 Dis. - Kes kemalangan di tempat kerja di negeri ini yang melibatkan kematian semakin menurun apabila sebanyak empat kes dicatatkan sepanjang tempoh Januari hingga Ogos lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Latiff Tamby Chik berkata, berbanding pada 2008 bagi tempoh yang sama, sebanyak enam kes kematian di tempat kerja dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP). Menurutnya, penurunan kes terbabit adalah hasil daripada Seminar Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan yang dianjurkan setiap tahun telah memberi kesedaran kepada majikan terhadap pentingnya aspek keselamatan dititikberatkan di tempat kerja. ''Sepanjang tempoh empat tahun dari 2007 hingga tahun ini, sebanyak 13 kes kematian telah dilaporkan berlaku dan jumlah ini adalah yang terendah berbanding beberapa negeri lain," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam merasmikan Seminar Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Hotel Equatorial, di sini hari ini. Seramai 200 peserta menghadiri seminar sehari itu yang turut dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan, kontraktor, pekerja dari Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor. Mengulas lanjut Latiff berkata, sepanjang tempoh 2007 hingga Ogos lalu, sebanyak 772 kes kemalangan telah dilaporkan berlaku di negeri ini. Beliau berkata, bagi kategori tidak hilang upaya kerja sebanyak 730 kes dicatatkan sepanjang tempoh empat tahun manakala 29 kes pula bagi kategori hilang upaya kerja untuk tempoh yang sama. ''Secara keseluruhannya, kes kemalangan di tempat kerja masih pada tahap yang belum membimbangkan berdasarkan statistik yang dilaporkan dari 2007 hingga Ogos lalu," ujarnya. Katanya, itu membuktikan majikan terutama di sektor kilang telah memberikan tumpuan untuk meningkatkan tahap keselamatan pekerja mereka di tempat bekerja. Beliau menambah, jika majikan tidak memberi keutamaan aspek keselamatan di tempat kerja, kecelakaan, kemalangan dan musibah boleh menimpa seseorang tidak kira pekerja atau majikan. ''Saya minta syarikat, majikan dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat untuk memainkan peranan bagi memastikan aspek-aspek keselamatan pekerja di tempat kerja terjamin," ujarnya. Sehubungan itu, katanya, seminar anjuran MBMB dengan tema 'Budaya Kerja Selamat dan Sihat - Transformasi Kesejahteraan' akan dapat mempromosikan budaya kerja selamat kepada semua kakitangan. SUMBER : UTUSAN MALAYSIA
Tarikh dimasukkan : 12/20/2010

Kemalangan maut di tempat kerja semakin menurun
MELAKA 16 Dis. - Kes kemalangan di tempat kerja di negeri ini yang melibatkan kematian semakin menurun apabila sebanyak empat kes dicatatkan sepanjang tempoh Januari hingga Ogos lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Latiff Tamby Chik berkata, berbanding pada 2008 bagi tempoh yang sama, sebanyak enam kes kematian di tempat kerja dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP).
Menurutnya, penurunan kes terbabit adalah hasil daripada Seminar Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan yang dianjurkan setiap tahun telah memberi kesedaran kepada majikan terhadap pentingnya aspek keselamatan dititikberatkan di tempat kerja.
''Sepanjang tempoh empat tahun dari 2007 hingga tahun ini, sebanyak 13 kes kematian telah dilaporkan berlaku dan jumlah ini adalah yang terendah berbanding beberapa negeri lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam merasmikan Seminar Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Hotel Equatorial, di sini hari ini.
Seramai 200 peserta menghadiri seminar sehari itu yang turut dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan, kontraktor, pekerja dari Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor.
Mengulas lanjut Latiff berkata, sepanjang tempoh 2007 hingga Ogos lalu, sebanyak 772 kes kemalangan telah dilaporkan berlaku di negeri ini.
Beliau berkata, bagi kategori tidak hilang upaya kerja sebanyak 730 kes dicatatkan sepanjang tempoh empat tahun manakala 29 kes pula bagi kategori hilang upaya kerja untuk tempoh yang sama.
''Secara keseluruhannya, kes kemalangan di tempat kerja masih pada tahap yang belum membimbangkan berdasarkan statistik yang dilaporkan dari 2007 hingga Ogos lalu," ujarnya.
Katanya, itu membuktikan majikan terutama di sektor kilang telah memberikan tumpuan untuk meningkatkan tahap keselamatan pekerja mereka di tempat bekerja.
Beliau menambah, jika majikan tidak memberi keutamaan aspek keselamatan di tempat kerja, kecelakaan, kemalangan dan musibah boleh menimpa seseorang tidak kira pekerja atau majikan.
''Saya minta syarikat, majikan dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat untuk memainkan peranan bagi memastikan aspek-aspek keselamatan pekerja di tempat kerja terjamin," ujarnya.
Sehubungan itu, katanya, seminar anjuran MBMB dengan tema 'Budaya Kerja Selamat dan Sihat - Transformasi Kesejahteraan' akan dapat mempromosikan budaya kerja selamat kepada semua kakitangan.

Kemalangan Melibatkan Penggunaan Gondola

Satu kes kemalangan melibatkan penggunaan gondola telah dilapurkan berlaku pada 29 Mac 2008 (Sabtu) dan lebih kurang jam 10.00pagi di tapak projek pembinaan bangunan, Bukit Mulia, Ampang.
Penyiasatan kejuruteraan forensik telah dijalankan pada 31 Mac 2008 ditempat kejadian dan fakta-fakta penemuan yang menjurus kepada kemalangan adalah seperti berikut:
i. Tali dawai penggantang (suspension wire rope) untuk salah satu daripada dua buah motor telah terjuntai dibawah gondola disebabkan telah terlucut dari ikatannya pada tiang penyokong ditingkat 15, menyebabkan pelantar kerja untuk gondola senget dan tergantung daripada tali penggantang yang satu lagi.Pelantar kerja itu tidak terus jatuh kearas lantai tanah kerana safety lock dan brek motor yang ke-2 telah berfungsi dan mencengkam masing-masing keatas tali dawai keselamatan dan penggantang.

ii. Safety lock yang ke-1 yang sepatutnya berfungsi dengan cara mencengkam keatas tali dawai keselamatan (safety wire rope) berkenaan apabila tali dawai penggantang terlepas daripada tempat pengikat atau putus telah disyaki tidak berfungsi.
iii. Terdapat papan yang diletakkan diatas gondola bagi tujuan meletakkan simen untuk kerja-kerja memplaster.Berat simen pada waktu itu dianggarkan 300kg dan berat 3 orang pekerja lebihkurang 200kg dan jumlah berat besar ini telah melebihi had beban kerja selamat gondola yang berdaya hanya 400 kg.

Semasa kejadian itu, 3 orang pekerja yang bekerja diatas pelantar kerja gondola pada aras 13, telah dicampak keluar dan terhempap pada tanah diaras bawah.Mereka mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia.
Adalah dinasihatkan bahawa amalan kerja yang selamat berikut dipatuhi untuk aktiviti kerja pemasangan, penggunaan,penyelenggaraan dan rombakan melibatkan gondola:
1. Semua pemilik atau penyewa gondola (yang ditakrifkan sebagai mesin angkat) hendaklah memastikan bahawa Sijil Perakuan Kelayakan (Certificate of Fitness) diperolehi daripada jabatan untuk setiap unit gondola sebelum digunakan.Kehendak ini adalah dinyatakan dibawah Peraturan 10(1), Peraturan-Peraturan (Pemberitahuan, Sijil Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera 1970.
2. Pihak majikan atau penduduk ditempat kerja dimana gondola ada digunakan hendaklah memastikan gondola itu diperiksa dan diselenggara secara berkala oleh orang kompeten yang berdaftar dengan jabatan pada tempoh masa setiap bulan atau selepas gondola dialihkan kesatu kedudukan baru walaupun dalam bangunan yang sama.
3. Sebarang kerosakan pada gondola yang boleh menjejaskan keselamatan semasa penggunaannya oleh si pekerja hendaklah dilapurkan untuk tindakan orang kompeten berkenaan.
4. Memastikan semua ciri-ciri dan alat kawalan keselamatan seperti pemasangan struktur bebantimbal dan pengikat ,tali dawai penggantang dan keselamatan,pelantar,brek motor,safety lock, dan sebagainya diperiksa pada setiap hari dibawah penyeliaan seorang penyelia tapak yang dilantik.Langkah ini akan memastikan ciri-ciri dan alat kawalan keselamatan yang disediakan pada gondola tidak gagal berfungsi dalam masa-masa kecemasan.
5. Pihak majikan hendaklah juga memastikan gondola tidak membawa beban kerja berlebihan.Hanya 2 pekerja sahaja dibenarkan berada diatas pelantar kerja untuk gondola pada bila-bila masa seperti tercatat dalam surat kelulusan rekabentuk atau Sijil Perakuan Kelayakan daripada jabatan.
6. Pihak majikan hendaklah membekal dan memastikan pekerja memakai alat peranti keselamatan -safety harness - sertai topi keselamatan dan kasut yang sesuai pada setiap masa semasa berada diatas pelantar kerja gondola dan memastikan pekerja memakai peralatan tersebut sepanjang waktu.
7. Pihak majikan hendaklah memberi latihan, arahan, maklumat dan penyeliaan kepada pekerjanya dalam aspek keselamatan dan pengendalian sistem gondola secara lebih sistematik.Latihan yang dijalankan hendaklah direkodkan bagi tujuan semakan dan pemeriksaan oleh pegawai jabatan daripada semasa ke semasa
8. Pelit beban kerja selamat hendaklah dipaparkan pada gondola dengan jelas.
9. Pihak majikan hendaklah memastikan bahawa pekerja hanya boleh naik kedalam gondola atau turun daripada gondola pada aras lantai tanah.
10. Rujukan dan bacaan selanjutnya berkenaan gondola boleh dicapai daripada links seperti berikut:
» http://www.cdc.gov/elcosh/docs/d0100/d000042/d000042.html

» http://www.jniosh.go.jp/icpro/jicosh-old/english/cases/cases/index.html

» http://www.osh.dol.govt.nz/order/catalogue/pdf/ropeways-ac.pdf

» http://www.scambs.gov.uk/Business/HealthandSafety/HealthandSafetyTraining/
HSWorkbook/hswb7.htm

» http://www.elmbridge.gov.uk/services/environment/hsheights.htm

» http://www.vertikal.net/en/pdf/ca07-1.pdf

» http://www.otago.ac.nz/healthandsafety/hazardmanagement/buildingsafety.htm




12kes maut.

Sektor pembinaan abai aspek keselamatan di tempat kerja.
Harian Metro-9/07/2010

JOHOR BAHRU: Pekerja dalam sektor pembinaan paling berisiko di tempat kerja apabila mencatatkan sebanyak 123 kes kematian, tertinggi berbanding sektor pekerjaan lain di negara ini sepanjang tahun lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Datuk Dr Johari Basri, berkata angka itu begitu membimbangkan dan usaha penguatkuasaan aspek keselamatan perlu dititikberatkan majikan dan pekerja.
“Sebanyak 123 kes kematian daripada 1,231 kes kemalangan maut dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (Perkeso) bagi 2009 adalah daripada sektor pembinaan.
“Angka ini begitu membimbangkan dan langkah pencegahan penting bagi memastikan tidak berlaku kehilangan tenaga mahir yang membantutkan produktiviti, sekali gus meningkatkan kos pembinaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Karnival Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Sektor Pembinaan di EduCity Nusajaya di sini.
Menurutnya, di negeri ini, pihaknya sudah mengambil tindakan terhadap kecuaian pihak terbabit apabila 19 kes dibawa ke mahkamah dengan 57 kompaun dikeluarkan membabitkan kutipan sebanyak RM36,500.
“Kutipan bayaran penalti dikenakan tahun lalu sebanyak RM266,000 membabitkan pelbagai kesalahan termasuk gagal menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan menyediakan polisi keselamatan serta tidak melaporkan kemalangan.

“Kompaun dikenakan berikutan majikan menjalankan operasi kilang dan mengendalikan jentera tanpa kebenaran. Di Johor sebanyak 14 daripada 34 kes kemalangan maut di tapakbina berpunca daripada pekerja terjatuh dari tempat tinggi, terhempap barang jatuh dan terhimpit objek keras,” katanya.
Katanya, sikap sambil lewa majikan dan pekerja mengenai aspek keselamatan menjadi punca utama kemalangan maut di tempat kerja apabila prosedur keselamatan serta kesihatan tidak dipatuhi.
“Kerajaan menggalakkan majikan dan kontraktor melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH-MS) bagi mencegah bencana di tempat kerja bermula dari peringkat mereka bentuk bangunan lagi,” katanya.
Pada majlis itu, Iskandar Investment Berhad merangkul anugerah Amalan Terbaik Sektor Pembinaan kategori Penempatan Pekerja manakala kategori Pengurusan Trafik terbaik milik SJIC Bina Sdn Bhd.
Gema Padu Sdn Bhd menggondol anugerah bagi kategori Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan terbaik dan Nakano Construction Sdn Bhd meraih anugerah terbaik kategori Bekerja di Tempat Tinggi.


BY FATIN SYAZWANI BT RAMLEE , MAS AMIRA BT MOHD HAMIL , ZATUN NAJAHAH BT SALLEH , NORLILA BT IBRAHIM , NUR ATIELIA BT AZHAR .

1 comment: